Tuesday, March 3, 2009

United enggan dabik dada


KAPTEN United, Rio Ferdinand (kanan) mengucup Piala Liga selepas mereka muncul juara menewaskan Tottenham di Stadium Wembley, kelmarin.

Kami perlu tuah berterusan untuk pastikan sasaran 5 trofi tercapai: Ferguson

LONDON: Alex Ferguson menegaskan bahawa Manchester United memerlukan tuah berterusan untuk memastikan sasaran lima trofi boleh dicapai.

Namun pengurus Tottenham, Harry Redknapp bersedia mempertaruhkan wangnya ke atas United untuk menamatkan kempen dengan memenangi semua trofi utama musim ini.

Kemenangan ke atas barisan bimbingan Redknapp menerusi sepakan penalti dalam final Piala Liga, kelmarin bermakna dua trofi sudah dimenangi dengan baki tiga menjadi buruan United selepas muncul juara di kejohanan Piala Kelab Dunia di Jepun, Disember lalu.

Tempoh 10 hari yang menyusul ini bakal menentukan nasib United dalam usaha menyapu bersih semua pertandingan yang mereka sertai, musim ini.

Kekalahan Liverpool di Middlesbrough, Sabtu lalu, bermakna anak buah Ferguson, yang bakal berkunjung ke Newcastle, esok mempunyai kelebihan tujuh mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan satu perlawanan.

Pertarungan suku akhir Piala FA di Fulham, Sabtu ini, mungkin menyaksikan United bergerak menghampiri dua perlawanan lagi untuk menjulang trofi kejuaraan, dan empat hari kemudian, Inter Milan berkunjung ke Old Trafford dengan tempat suku akhir Liga Juara-Juara menjadi pertaruhannya.

Menjelang Mac, peluang untuk memenangi gelaran mungkin lebih dekat, tetapi Ferguson menegaskan dia tidak akan ‘terbawa-bawa’ dengan prospek pencapaian itu, yang akan menyamai kejayaan salah seorang wiranya, Jock Stein bersama Celtic pada 1967.

“Hanya anda semua, media, akan terbawa-bawa dengannya,” katanya. “Kami akan berpijak di bumi nyata. Menurut pengalaman saya, kami akan berkunjung ke Fulham minggu ini dalam Piala FA dan bola boleh melantun terkena pemain dan menerjah jaring dan kami tersingkir daripada saingan piala.”

Redknapp sudah terlalu lama dalam permainan ini untuk berkongsi keraguan Ferguson mengenai peluang bahawa semuanya akan berlaku mengikut kehendak mereka.

“Mereka memiliki skuad menakjubkan dan sudah pun memenangi satu piala, tampak seperti liga juga akan menjadi milik mereka, dan anda sudah pasti tidak akan bertaruh menentang mereka dalam saingan Liga Juara-Juara dan Piala FA.” - AFP


manchesterunited 3/03/2009 10:25:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox