Saturday, March 21, 2009

Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara



NYON – Buat kali kelima dalam tempoh lima tahun, Liverpool diundi menentang Chelsea pada pusingan suku akhir saingan Liga Juara-Juara.

Dalam majlis undian yang berlangsung semalam, Liverpool dan Chelsea bakal berdepan pemenang antara Barcelona dan Bayern Munich pada peringkat separuh akhir.

Juara bertahan, Manchester United pula akan bertemu kelab Portugal, FC Porto sementara Arsenal akan menghadapi Villarreal dalam dua lagi pertemuan suku akhir.

Mengulas pertemuan menentang Chelsea, pengurus Liverpool, Rafael Benitez percaya anak buahnya akan membalas dendam kekalahan kepada Chelsea pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Suku akhir pertama akan berlangsung di Anfield pada 8 April depan manakala perlawanan kedua dijadualkan di Stamford Bridge pada 14 April, sehari sebelum ulang tahun ke-20 tragedi Hillsborough.


BEKAS pemain bola sepak Itali, Bruno Conti melakukan cabutan pada majlis undian saingan suku akhir Liga Juara-Juara di Nyon semalam.




Pada separuh akhir musim lalu, Chelsea menyingkirkan Liverpool menerusi agregat 4-3 tetapi dua pertemuan terdahulu pada 2005 dan 2007 menyaksikan Liverpool mengatasi Chelsea pada peringkat yang sama.

“Harap ia tidak akan memberi kesan kepada kami apabila suku akhir kedua berlangsung di tempat lawan.

“Kami kena pastikan tidak melakukan kesilapan seperti perlawanan separuh akhir pertama musim lalu.

“Ia bakal menjadi dua perlawanan yang sukar tetapi jika kami main baik, kami yakin boleh memenanginya,” kata Benitez.

Suku akhir pertama akan berlangsung pada 7 dan 8 April manakala perlawanan kedua pada 14 dan 15 April.

Saingan separuh akhir pula akan diadakan pada 28 dan 29 April manakala perlawanan kedua pada 5 dan 6 Mei.

Final akan berlangsung pada Rabu, 27 Mei di Stadium Olimpik di Rom, Itali. – AP



manchesterunited 3/21/2009 09:28:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox