Tuesday, February 10, 2009

United tetap waspada


GIGGS (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Cristiano Ronaldo selepas menjaringkan gol kemenangan United di Upton Park kelmarin.

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberi amaran kepada anak buahnya agar tidak hilang fokus pada baki perlawanan musim ini.

Amaran terbaru Ferguson itu disuarakan selepas United kembali merampas takhta pendahulu menerusi kemenangan 1-0 ke atas West Ham dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.

Jaringan babak kedua menerusi pemain veteran, Ryan Giggs memberi kelebihan kepada United untuk mengatasi Liverpool dengan kelebihan dua mata.

Andai berjaya menumpaskan Fulham pada baki perlawanan 18 Februari depan, United berpeluang menjarakkan kedudukan kepada lima mata.

Namun, Ferguson sedar berdasarkan pengalaman lalu, kelebihan yang dimiliki pasukannya boleh berubah pada bila-bila masa.

"Kesilapan boleh berlaku. Pada tahun 1998, United mendahului Arsenal dengan 11 mata, tetapi akhirnya kami gagal menjulang kejuaraan liga," kata Ferguson.

Kemenangan ke atas West Ham itu merupakan kali ke-12 United menang dengan jaringan 1-0 pada semua kejohanan disertai mereka musim ini.

United juga berjaya menambah rekod tanpa bolos kepada 1,212 minit selepas Edwin van der Sar terus kebal di benteng terakhir.

"Bagi United, 20 jam tanpa dibolosi sesuatu yang luar biasa kerana kami biasanya mencatat kemenangan 4-3. Sekalung tahniah buat para pemain, saya sangat bangga dengan mereka," ujar Ferguson.

Ferguson turut teruja menyaksikan Giggs dapat berkongsi kehebatan bersama van Der Sar selepas pemain sayap Wales itu menjaringkan gol pertamanya dalam saingan liga musim ini.

"Giggs layak dipuji pada perlawanan ini. Jika sesiapa mahu contoh tentang bagaimana dedikasinya seseorang itu terhadap bola sepak, tiada contoh lain kecuali Ryan Giggs," kata Ferguson. - AFP



manchesterunited 2/10/2009 09:31:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox