
![]() |
| PEMAIN Manchester United, Park Ji-Sung (atas) diasak pemain Everton, Leighton Baines pada pertemuan Liga Perdana England di Old Trafford, Manchester, kelmarin. United menang 1-0. - REUTERS |
United mencatat kemenangan 1-0 ke atas Everton di Old Trafford kelmarin, sekali gus memiliki kelebihan lima mata di puncak liga.
Masih terdapat 15 perlawanan liga yang akan diteruskan dan berbekalkan kedudukan ideal tersebut, Red Devils berpeluang cerah merangkul gelaran juara Liga Perdana England buat kali ketiga berturut-turut.
Namun begitu, Ferguson menyangkal untuk terbawa-bawa dengan impian tersebut, selepas jaringan penalti Cristiano Ronaldo pada separuh masa pertama membolehkan United mencatat kemenangan kali ketujuh berturut-turut bagi persaingan liga tempatan.
"Perkara penting ialah kami perlu meneruskan aksi bertenaga secara berterusan. Kami mempunyai perlawanan sukar di tempat lawan iaitu bertemu West Ham minggu depan.
"Semua pasukan kehilangan mata ketika ini. Kami hanya berharap agar tidak mengalami keciciran mata sebanyak mana yang dialami oleh pasukan lain.
"Ia merupakan satu kelebihan untuk berada di puncak liga. Namun begitu, ia bukanlah satu kelebihan hebat kerana persaingan liga masih berbaki 15 perlawanan.
"Biarpun begitu, ia selalunya lebih baik untuk berada di tangga teratas liga berbanding kedudukan lain," kata pengurus United dari Scotland itu.
Berkedudukan tempat ketiga ketika memulakan persaingan tahun baru, United mengakhiri aksi bulan lepas dengan kelebihan besar ke atas pesaing terdekatnya, Liverpool dan Chelsea dengan berbaki satu perlawanan.
Jaringan tunggal United diperoleh setelah Michael Carrick dijatuhkan dalam kotak oleh Mikel Arteta minit ke-44.
Tindakan keras Arteta itu telah membolehkan Ronaldo menyumbat gol ke-13 dirinya musim ini.
"Siapa tahu bagaimana kelebihan lima mata ini akan berakhir? Kami telah melaksanakan tugas kami minggu ini.
"Kami gembira dengan kemenangan 1-0 ini dan pasukan ini memperoleh satu lagi keputusan bersih. Kami mempunyai beberapa peluang baik untuk menghasilkan lebih banyak gol," kata Carrick.
Pemain tengah England itu berpendapat bahawa United masih belum mencapai tahap prestasi tertinggi mereka.
"Kami boleh berpuas hati dengan tiga mata yang diperoleh. Namun begitu, masih ada banyak perkara yang akan dihadapi oleh pasukan ini di masa depan," katanya.
Perlawanan kelmarin turut menyaksikan penjaga gol United dari Belanda, Edwin van der Sar melakar rekod baru Liga Perdana England iaitu tidak melepaskan sebarang gol untuk tempoh 18 jam 42 minit.
Pemain Arsenal dari Perancis, Samir Nasri ialah pemain terakhir yang berjaya menumpaskan penjaga gol berusia 38 tahun itu di peringkat liga, ketika Arsenal mencatat kemenangan 2-1 di gelanggang sendiri pada 8 November lalu. - AFP
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |