Wednesday, February 18, 2009
United kian membara

LONDON: Manchester United berpeluang mendominasi sepenuhnya perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila juara bertahan itu menerima kunjungan Fulham, awal pagi esok.

Kemenangan di Old Trafford bakal melebarkan penguasaan kepada lima mata ke atas pencabar terdekat, Liverpool. Malah, dengan baki 13 perlawanan, kemenangan sudah pasti menguatkan ramalan merangkul trofi EPL buat kali ke-18, menyamai rekod cemerlang milik Liverpool.

Red Devils tercicir beberapa perlawanan kerana menyertai Piala Super Uefa dan Piala Kelab Dunia yang dimenangi United, Disember lalu.

Tetapi kejayaan ke atas Fulham yang belum pernah menang di tempat lawan musim ini tidak semestinya membuatkan United menganggap mudah dan mengalih tumpuan kepada Liga Juara-Juara Eropah, Piala FA dan Piala Liga, dengan buruan baki empat piala.

Mencapai tahun ke-22 selaku pengurus, Alex Ferguson berjaya mengukuhkan reputasi selaku pakar taktikal, dengan peminat lumba kuda itu menyamakan situasi ketika ini seperti Perlumbaan Grand Kebangsaan Britain 1956.

Devon Loch hanya berbaki 40 meter dari garisan penamat sebelum terjatuh untuk muncul salah seorang penunggang kuda tewas paling ternama dalam sejarah lumba kuda Britain.

Bagi bintang muda United, mereka pasti mengambil berat nasihat kapten veteran, Gary Neville, penjaga gol, Edwin van der Sar dan Ryan Giggs, yang jika dicampurkan usia mencapai 106 tahun dan memiliki koleksi pelbagai kejuaraan hebat.

“Ia bergantung kepada pemain seperti Gaz (Neville), Edwin dan saya sendiri untuk menurunkan pengalaman kepada pemain muda. Ia tugas kami sebagai senior untuk membantu pemain seperti Darron Gibson dan Danny Welbeck, yang kedua-duanya meledak gol menakjubkan Ahad lalu (kemenangan Piala FA di Derby).

“Saya perlu menggunakan pengalaman saya, mendapatkan bola, cuba dan mencipta peluang buat pemain lain kerana pergerakan di persekitaran saya amat baik.

“Kadangkala ia amat baik. Anda akan tahu di mana rakan sepasukan pergi tanpa melihatnya sekalipun bukan semua skil tolakan ke belakang saya menjadi,” kata Giggs. - Agensi


manchesterunited 2/18/2009 10:06:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox