Friday, February 20, 2009
Saingan kini hanya MU dan Liverpool



ROONEY meraikan jaringannya untuk Manchester United ketika menentang Fulham di Old Trafford, kelmarin.

LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menepis peluang Chelsea untuk menjulang mahkota kejuaraan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

“Saingan kejuaraan kini adalah di antara kami dan Liverpool,” tegas Ferguson selepas menyaksikan anak buahnya menewaskan Fulham 3-0, awal pagi semalam untuk menjarakkan kedudukan selaku pendahulu kepada lima mata dan 10 mengatasi Chelsea.

“Bagaimanapun, saya tetap berwaspada dengan kemajuan ditonjolkan Aston Villa yang tampak sudah mengambil alih kedudukan daripada Arsenal,” kata pengurus berusia 67 tahun itu.

Villa kini menghuni tempat ketiga - lapan mata di belakang United manakala Arsenal kelima dan ketinggalan 15 mata.

Jurulatih berbangsa Scotland itu terkejut dengan keputusan Chelsea untuk memecat pengurusnya dari Brazil, Luiz Felipe Scolari selepas hanya tujuh bulan membimbing kelab itu tetapi menambah bahawa langkah itu sebenarnya ‘memberikan kelebihan kepada kami.”

“Keputusan tergesa-gesa mereka menggambarkan corak menyedihkan yang dilalui permainan ini, dengan semua orang bermula dari pemilik, lembaga pengarah, penyokong dan media menuntut kejayaan segera dan menunjukkan tidak langsung ada rasa sabar dalam mengejar matlamat mereka,” kata Ferguson yang berada di Old Trafford sejak 1986.

“Saya pasti berpendapat ia begitu jelas bahawa memenangi trofi hadir bersama-sama dengan kestabilan dan perancangan jangka panjang,” kata pengurus paling lama berkhidmat dalam liga.

“Namun sering kali, apabila kelab berdepan dengan beberapa masalah, kematangan fikirkan sudah dilemparkan dengan harapan bahawa orang baru boleh memperbaiki keadaan dengan cepat.”

Ferguson menjangkakan pengurus dari Belanda, Guus Hiddink, jurulatih kebangsaan Russia yang mengambil alih di Chelsea sehingga akhir musim, akan melakukan kesan yang besar.

“Pada masa yang sama, dia perlu memulakan dari asas, mungkin meletakkan kakitangannya sendiri dan menghimpunkan pemain di sekelilingnya mengikut pilihan yang mungkin memakan sedikit masa,” katanya. - Reuters


manchesterunited 2/20/2009 09:27:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox