Saturday, February 14, 2009
Rooney tidak ke Derby

MANCHESTER: Wayne Rooney tidak dijangka beraksi pada pertemuan Piala FA di Derby County, esok tatkala Manchester United mengharapkan penyerang berbisa itu bersedia untuk perlawanan penting Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Rooney terpaksa direhatkan ekoran kecederaan hamstring untuk tempoh hampir dua bulan dan dijangka kembali beraksi di West Ham, Ahad lalu.

Bagaimanapun, penyerang kebangsaan England itu terpaksa digugurkan ketika United mencatat kemenangan di Upton Park dan dilihat tidak dapat diturunkan esok sekalipun barisan Red Devils sedang memburu tiket peringkat suku akhir.

Dengan aksi pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara menentang Inter Milan dijadual di San Siro, 24 Februari ini, United tidak rela mengambil risiko membabitkan Rooney ketika ini.

Dia berpeluang membuat penampilan semula menentang Fulham dalam EPL di Old Trafford, Rabu ini.

“Kami sedang memantau perkembangan Wayne. Dia mula mengikuti sesi latihan tapi, kami tidak mahu tergesa-gesa menangani perkara ini kerana akan melalui perlawanan penting.

“Kami akan mendorongnya kembali beraksi secepat mungkin. Jika dia berjaya, ia menakjubkan, tapi jika tidak, kami akan menunggunya untuk aksi berikutnya menentang Fulham kerana kami tidak rugi apa-apa.

“Kami memiliki ramai pemain yang dapat diturunkan jika insiden seperti ini berlaku dan kami akan berjaya melaluinya. Kami akan membuat keputusan bilakah dia akan cergas dan lawan akan dihadapinya.

“Inter Milan sentiasa berada dalam fikiran. Ia pertemuan penting, ia aksi peringkat Eropah tapi tarikhnya masih jauh dan banyak perlawanan yang perlu kami tempuhi dalam tempoh itu.

“Kami akan menyediakan pasukan kami bergantung kepada setiap perlawanan,” kata penolong pengurus United, Mike Phelan.

Sekalipun Rooney tidak boleh bersama ke Derby, Ferguson pastinya gembira dengan kehadiran semula trio bahagian pertahanan, Rio Ferdinand, Patrice Evra dan Jonny Evans untuk aksi di Pride Park. - AFP


manchesterunited 2/14/2009 11:50:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox