Monday, February 23, 2009

Ronaldo julang Red Devils



LONDON - Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo sekali lagi mempamerkan keajaiban untuk membantu Manchester United mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana England.

Pemain sayap Portugal itu menjaringkan gol menarik menerusi sepakan percuma pada minit ke-60, sekali gus membolehkan United menewaskan Blackburn 2-1 di Old Trafford.

Penyerang England, Wayne Rooney terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-23.

Namun, kekebalan benteng pertahanan Red Devils selama tiga bulan akhirnya berkecai menerusi jaringan penyamaan penyerang Paraguay, Roque Santa Cruz pada minit ke-32.


RONALDO terus mempamerkan kehebatan untuk menjulang reputasi Manchester United.

Pada perlawanan itu, pengurus United, Alex Ferguson merehatkan Edwin van der Sar dan menurunkan penjaga gol kedua, Tomasz Kuszczakkelmarin sebagai persediaan menjelang pertemuan pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Inter Milan esok.

"Kami memang layak memenanginya, tidak lebih daripada itu. Apabila kamu ambil kira bagaimana kamu bertahan sejak beberapa minggu lalu, jaringan yang dilepaskan kelmarin sebenarnya amat mudah," kata Ferguson selepas menyaksikan anak buahnya mengumpul 62 mata daripada 26 perlawanan.

"Ini satu pengajaran yang bagus buat mereka. Ia memberi- tahu kami secara tepat menge- nai kualiti liga ini.

"Sudah lama saya katakan bahawa kami tidak sepatutnya anggap yang kami sudah memenangi gelaran liga terutama apabila berdepan lawan yang sukar sebegini."

Pengurus Blackburn, Sam Allardyce pula berang dengan keputusan pengadil, Howard Webb yang enggan menghadiahkan penalti di atas kekasa- ran Rafael da Silva ke atas Martin Gamst Pedersen.

"Alex tidak fikir ia satu penalti tapi tidak bagi saya. Nampaknya ia memerlukan satu kekasaran yang jelas untuk mendapatkan penalti di Old Traf- ford," jelasnya. - AFP



manchesterunited 2/23/2009 09:10:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox