Wednesday, February 4, 2009

Lupakan niat julang trofi - Berbatov


BERBATOV (kanan) optimis United mampu pertahan gelaran liga musim ini.

LONDON - Dimitar Berbatov melontarkan amaran kepada Liverpool supaya melupakan hasrat untuk menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.

Alasan yang diberikan Berbatov hanya satu - Manchester United ketika ini sukar dikalahkan.

Berbatov menegaskan bahawa kejayaan muncul juara Kelab Dunia dan Eropah membuatkan United berasa yakin untuk menyingkirkan mana-mana pasukan yang cuba menghalang mereka daripada mempertahan kejuaraan liga.

Liverpool akan berkunjung ke Old Trafford pada 14 Mac pada pertemuan yang dianggap sebagai penentu kepada gelaran juara Liga Perdana England musim ini.

"Apabila kamu memasuki padang dan terdengar pengumuman 'Inilah dia pasukan juara di England, juara di Eropah dan juga juara di dunia', kamu pastinya percaya bahawa kamu akan menyingkirkan sesiapa sahaja yang menjadi penghalang.

"Saya dapat rasakan suntikan semangat setiap kali saya berjalan masuk ke padang di Old Trafford. Ia satu perasaan yang hebat," kata Berbatov.

Liverpool kembali mengekori rapat di belakang United dengan perbezaan dua mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Chelsea, Ahad lalu.

Namun Berbatov memberitahu, United tidak akan melepaskan takhta sebagai pendahulu liga sehinggalah musim ini berakhir.

"Kami semua adalah pemain yang berbeza, bukan hanya penyerang sahaja. Terdapat pelbagai kualiti dalam pasukan ini tetapi jika digandingkan bersama, kami adalah sebuah pasukan yang hebat," kata Berbatov.

"Itulah kejayaan pengurus (Alex Ferguson). Dia membina sebuah pasukan yang kuat dengan ramai pemain berbakat, itulah antara kekuatan kami.

"Kamu boleh memiliki pemain yang hebat tetapi bukan sebuah pasukan yang hebat.

"Di sini kami memiliki kesemuanya," kata Berbatov yang meledakkan lima gol dalam lapan penampilan terakhir. - Agensi



manchesterunited 2/04/2009 08:40:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox