Tuesday, February 17, 2009
Giggs sanjung sentuhan pemain muda

DERBY: Kapten Manchester United, Ryan Giggs menegaskan bintang muda kelab itu boleh memainkan peranan penting dalam percubaan kelab elit mereka memenangi lima trofi dalam satu musim.

Giggs, 35, begitu berpengaruh kelibatnya ketika United membelasah Derby 4-1 dalam saingan pusingan kelima Piala FA, kelmarin tetapi pemain muda berbakat, Darron Gibson dan Danny Welbeck yang menarik pandangan pemain tengah Wales ini.

Pemain tengah Ireland, Gibson mendapat anugerah pemain terbaik perlawanan selepas melengkapkan persembahan terbaiknya setakat ini buat United dengan menjaringkan gol kedua, manakala Welbeck masuk selaku pemain gantian untuk meledakkan rembatan cantik pada minit-minit akhir perlawanan.

Ditambah pula dengan persembahan mantap pemain pertahanan muda Jonny Evans dan Rafael Da Silva dan tidak mengejutkan bahawa Giggs begitu yakin bukan hanya pemain senior yang akan memainkan peranan dalam babak kedua musim ini.

“Jelas sekali kami memiliki skuad yang baik. Kami memerlukan kesemua pemain sekarang memandangkan kini kami bersaing dalam kesemua pertandingan piala dan juga liga,” kata Giggs.

“Kami memerlukan mereka semua dan kami mempunyai pemain yang berbakat seperti Gibbo dan Danny Welbeck dan apabila mereka diturunkan mereka menggunakan sepenuhnya kesempatan yang diberikan,”

Jaringan Gibson pada minit ke-44 hadir beberapa minit selepas Cristiano Ronaldo menyaksikan gol jaringannya dibatalkan atas keputusan kontroversi ofsaid.

Tatkala keputusan itu tepat, sambutan jaringan sudah pun berlangsung sebelum penjaga garisan mengangkat bendera, selepas dia terlebih dahulu merujuk dengan pegawai keempat bahawa Giggs menyentuh bola sebelum melorongkan kepada Ronaldo. - AFP


manchesterunited 2/17/2009 11:25:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox