

Selepas menjuarai Piala Kelab Dunia dan layak ke final Piala Liga untuk bertemu Tottenham bulan depan, United bakal mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana England kepada lima mata andai berjaya menewaskan Fulham esok.
Skuad Red Devils itu juga masih berada dalam persaingan Liga Juara-Juara dan Ferguson percaya, pasukannya mempunyai barisan terbaik untuk menyapu bersih semua kejuaraan musim ini.
"Pasukan ini sungguh menarik. Mereka mampu beraksi baik biarpun dalam perlawanan yang sukar. Memandangkan kami ada perlawanan pada Rabu (esok), saya telah rehatkan beberapa pemain, namun pasukan ini telah melakukan yang terbaik sekali lagi," katanya.
"Saya harap pasukan ini dapat meneruskan tahap permainan seperti kebelakangan ini."
Pada aksi kelmarin, Cristiano Ronaldo menyumbat satu gol ketika beraksi sebagai penyerang dibantu tiga lagi jaringan menerusi Darren Gibson, Nani dan pemain gantian, Danny Welbeck. Derby pula mendapat gol saguhati menerusi Miles Addison.
Meskipun Ronaldo dan Ryan Giggs bergandingan baik sebagai penyerang pada perlawanan itu, Ferguson berkata, dia tiada niat untuk terus menggunakan khidmat kedua-dua pemain itu di posisi tersebut.
"Kita tdiak boleh letakkan dia (Ronaldo) di posisi penyerang kerana kami mempunyai beberapa lagi penyerang. Dimitar Berbatov, Carlos Tevez dan Wayne Rooney akan kembali di posisi tersebut selepas ini," jelas Ferguson. - AFP
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |