Saturday, February 21, 2009
Ferguson merendah diri

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson memberi amaran kepada pemainnya supaya tidak terlalu terbawa-bawa dengan ramalan yang mengatakan skuad juara bertahan itu mampu mengekalkan kejuaraan Liga Perdana musim ini.

Dengan pasukan di tangga kedua, Liverpool tidak akan beraksi menentang Manchester City hingga malam esok, United berpeluang menjarakkan diri kepada lapan mata di persada liga jika mereka menewaskan Blackburn di gelanggang sendiri, malam ini.

Penyerang England, Wayne Rooney akan membantu keyakinan United apabila kembali disenaraikan ke dalam kesebelasan utama sejak Januari lalu dan dia bangkit daripada kecederaan hamstring dengan jaringan yang membantu United menang 3-0 ke atas Fulham, Rabu lalu.

Tapi Ferguson, yang merencana 10 kemenangan Liga Perdana sejak memegang jawatan di kelab itu, tegas mengatakan beliau belum bersedia untuk merayakan kejayaan mereka walaupun United mencatat 14 perlawanan tanpa kalah - rekod yang menyaksikan sembilan kemenangan berturut-turut dan 14 perlawanan tanpa bolos.

“Kami tidak pernah terbawa-bawa. Jika anda terbawa-bawa dengan perasaan, anda mungkin menerima padahnya,” kata Ferguson.

“Kami perlu menumpukan perhatian kepada apa yang kami lakukan dan memastikan kami dapat menjarakkan diri.”

Ferguson yakin penyenaraian semula Rooney akan meningkatkan semangat pasukannya.

“Dia sudah sembuh dan akan beraksi,” kata pengurus United itu. “Memang bagus rasanya apabila dapat menerimanya kembali.

“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar kerana Blackburn sudah menunjukkan peningkatan.”

Pertahanan jitu United menjadi nadi utama dalam siri kemenangan mereka dan penjaga gol, Edwin van der Sar gagal dibolosi sebarang gol dalam penampilan selama 1,302 minit Liga Perdana Inggeris ketika kebangkitan pasukan itu ke puncak liga.

Jika pemain Belanda itu masih berjaya mengawal gawang hingga ke minit ke-89 ketika menentang Blackburn, dia akan memecahkan rekod Danny Verlinden yang dicapai menerusi liga Eropah.

Penjaga gol Club Bruges itu berjaya menyekat gol lawan selama 1,390 minit dari tempoh 3 Mac hingga 26 September 1990 dalam liga Belgium.

Menurut Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak yang diiktiraf Fifa, pencapaian Van der Sar ketika ini meletakkannya di tangga keenam dalam senarai tempoh paling lama mempertahankan gol dalam liga bola sepak dunia.

Rekod dunia dicatatkan selama 1,816 minit dilakukan Mazaropi dari pasukan Vasco da Gama dari 18 Mei 1977 hingga 7 September 1978. - AFP


manchesterunited 2/21/2009 10:56:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox