Sunday, February 15, 2009
Azam Vidic

DERBY (England): Nemanja Vidic tidak bercadang bersikap sambil lewa ketika Manchester United meneruskan usaha mereka untuk merangkul semua kejuaraan yang disertai apabila beraksi pada perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris menentang Derby County, awal pagi esok.

Pasukan bimbingan Alex Ferguson itu sudahpun memenangi Piala Dunia Kelab musim ini dan dalam proses memburu empat lagi kejuaraan yang mereka sertai.

United dua mata mendahului Liga Perdana Inggeris, berhadapan Tottenham pada final Piala Liga, 1 Mac depan, dan mereka juga melayakkan diri dalam kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di mana mereka akan berdepan Inter Milan hujung bulan ini.

Kemenangan ke atas skuad Liga Kejuaraan dibimbing Nigel Clough akan meletakkan mereka dalam kelompok lapan pasukan terakhir Piala FA.

Bermain dalam peringkat penting pelbagai kejohanan mungkin memberikan mereka banyak tekanan meskipun Piala FA bukan berada di senarai teratas keutamaan United.

Namun, pemain pertahanan tengah Serbia, Vidic, yang beraksi dalam 13 perlawanan berturut-turut yang menyaksikan United tidak bolos, berazam untuk tidak menyerah kalah dalam sebarang pertandingan.

“Saya amat bangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang mencipta sejarah,” katanya. “Kami berbesar hati untuk mencipta rekod baru dan melakukan apa yang dicapai sebelum ini kerana amat penting untuk memenangi perlawanan itu.”

Wayne Rooney belum pasti diturunkan kerana masih dibelenggu kecederaan tapi pertahanan Rio Ferdinand, Patrice Evra dan Jonny Evans dilaporkan cergas.

Ferdinand tidak bermain ketika England tewas kepada Sepanyol kerana tidak sihat, tapi dia dijangka sempat pulih untuk menyertai pasukan ke Pride Park.

“Ferdinand berasa keadaannya semakin baik ketika datang Khamis lalu. Dia tidak berlatih, tapi sepatutnya sudah sihat,” kata penolong pengurus United, Mike Phelan.

Meskipun berada 35 anak tangga di belakang United dalam kedudukan liga, Derby mendapati diri mereka dalam posisi unik kerana menjadi sesatunya pasukan yang menundukkan United pada 2009.

Kemenangan Derby itu yang dicatatkan pada separuh akhir pertama Piala Liga menjadi sesatunya kekalahan United dalam 23 perlawanan terakhir mereka sejak tewas 1-2 di Arsenal pada 8 November lalu.

Clough mempunyai sejarah mengecewakan United dalam kejuaraan ini selepas menjadi perancang kepada keputusan seri tanpa jaringan di Old Trafford ketika membimbing pasukan bukan liga, Burton Albion pada pusingan ketiga, tiga tahun lalu. - AFP


manchesterunited 2/15/2009 12:33:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox