Thursday, January 29, 2009
Van der Sar catat rekod tanpa bolos

LONDON - Penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar mencipta rekod baru di dalam Liga Perdana England apabila mengharungi 1,032 minit perlawanan tanpa melepaskan sebarang gol termasuk pada perlawanan kelmarin yang menyaksikan pasukan itu membelasah West Bromwich Albion 5-0.

Pemain Belanda itu mengatasi rekod 1,026 minit milik penjaga gawang Chelsea, Petr Cech yang dilakukan pada musim 2004-05.

"Kemenangan adalah perkara terpenting tetapi mencipta rekod untuk pasukan ini pastinya sesuatu yang hebat. Saya perlu sentiasa memberi konsentrasi terhadap permainan dan menaikkan semangat rakan sepasukan lain di bahagian pertahanan dan tengah.

"Apabila saya melihat jam sudah sampai minit ke-85, saya berasa amat gembira. Tetapi apa yang lebih penting kami dapat mencapai mata penuh," katanya.

Dalam mengharungi 11 perlawanan tanpa melepaskan sebarang gol, Van Der Sar turut membantu United mencipta rekod baru iaitu mengatasi pencapaian Chelsea yang sebelum ini mengharungi 10 perlawanan tanpa bolos pada musim 2004-05.

Kali terakhir gawang United dibolosi ketika aksi liga adalah pada minit ke-48 ketika United tewas kepada Arsenal melalui jaringan Samir Nasri.

"Saya berbangga dengan mereka. Mereka menjalankan tugas dengan sungguh baik," kata pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson.

"Van Der Sar mempunyai perjalanan karier yang menakjubkan. Dia amat gembira dengan pencapaiannya itu. Anda lihat padanya dan apa yang berlaku amat menggembirakannya.

Van Der Sar meraikan pencapaiannya itu dengan menumbuk ke udara ketika perlawanan berakhir tetapi impiannya itu nyaris berkubur apabila percubaan pemain West Brom, Ryan Donk mengenai tiang gol.

Pencapaian United itu merupakan sesuatu yang membanggakan lebih-lebih lagi tanpa penampilan benteng England, Rio Ferdinand dan pemain Perancis, Patrice Evra sepanjang minggu. - Reuters


manchesterunited 1/29/2009 09:41:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox