Saturday, January 3, 2009

United tawar RM50 juta


TEVEZ mahu kekal di Old Trafford sebagai pemain tetap.

LONDON - Alex Ferguson mengemukakan tawaran lumayan kepada Leeds United sehingga 10 juta pound (RM50 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berbakat, Fabian Delph.

Tawaran daripada pengurus Manchester United itu dibuat selepas Fulham turut membuat tawaran bernilai 6 juta pound (RM30 juta) ke atas pemain berusia 19 tahun itu.

Delph yang memiliki kombinasi sebagai pemain tengah dan penyerang dianggap sebagai jelmaan kepada kehebatan bintang tengah United, Paul Scholes.

Ketika ini, pemain muda itu berada dalam skuad utama Leeds selepas menghabiskan beberapa musim sebagai kapten skuad simpanan kelab itu.

Bagi Fergie, kelabnya mahu mengemukakan tawaran yang jauh lebih tinggi berbanding Fulham dengan beberapa pakej tambahan.

"Leeds juga boleh mendapatkan khidmat dua pemain muda Red Devils secara pinjaman dalam usaha membantu kelab itu dalam saingan Divisyen Satu," jelas kenyataan United.

Menurut kenyataan itu lagi, Ferguson sedia melepaskan pemain tengahnya, Darron Gibson dan Rodrigo Possebon ke Elland Road sebagai sebahagian daripada pakej untuk mendapatkan khidmat Delph.

Gibson, 21, telah membuat tiga penampilan dalam skuad kebangsaan Republik Czech dan disenaraikan sebanyak tujuh kali dalam skuad utama United bagi kempen Piala Liga.

Possebon, 19, pula diletakkan dalam perancangan jangka panjang United, namun Fergie mahu memberi peluang kepada pemain muda itu menimba pengalaman dalam skuad utama bersama Leeds.

Dalam pada itu, penyerang United, Carlos Tevez menegaskan, dia mahu kekal di Old Trafford sebagai pemain tetap.

Kontrak Tevez sebagai pemain pinjaman selama dua tahun telah berakhir, namun sehingga kini, United masih belum membuat sebarang tawaran baru kepada penyerang Argentina itu.

"Saya tidak terlalu takut dengan masa depan saya. Saya dapat rasakan saya akan terus kekal dengan kelab ini.

"Ejen saya telah berbincang dengan United dan dia memberitahu saya semuanya berada dalam keadaan positif.

"Ada beberapa kelab mahu mendapatkan khidmat saya, tetapi saya lihat masa depan saya masih di United," kata Tevez. - Agensi



manchesterunited 1/03/2009 08:16:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox