Wednesday, January 14, 2009
Rooney optimis United mampu terajui liga sekiranya raih mata penuh pada baki perlawanan

MANCHESTER: Wayne Rooney menggesa penyandang juara, Manchester United supaya memanfaatkan kelebihan baki perlawanan yang dimiliki dengan meletakkan mereka dalam kedudukan pendahulu bagi menjarakkan diri dalam Liga Perdana sekali lagi.

United mampu melonjak ke tangga teratas liga, sekurang-kurangnya buat seketika jika dapat meraih mata maksimum daripada baki dua perlawanan mereka, bermula dengan kunjungan Wigan Athletic ke Old Trafford.

Rooney, penyerang England, tidak berhasrat menyandarkan kegemilangan mereka ketika membelasah pencabar gelaran, Chelsea, sebaliknya lebih gemar mahu memandang ke depan tanpa menoleh ke belakang.

Dia menegaskan, United perlu lebih cenderung mengambil kira untuk mara ke kemuncak Liga Perdana secepat mungkin bagi meningkatkan tekanan terhadap pendahulu semasa, Liverpool yang masih perlu bertandang ke Old Trafford, musim ini.

“Segala-galanya bergantung kepada kami,” katanya. “Jika menang dua perlawanan itu, kami akan berada di tangga teratas liga.

“Keadaan itu mungkin berakhir apabila Liverpool menentang Everton, Isnin ini, tetapi selepas United menentang Bolton pada Sabtu ini, kami mahu melihat semula senarai kedudukan liga dengan kami berada di tangga teratas.

“Kemenangan ke atas Chelsea sangat penting. Selepas menyaksikan Liverpool (seri 0-0 di Stoke), kami perlu mengambil kesempatan untuk mendapatkan kemenangan.

“Kami sudah melaksanakan perkara itu. Jadi sekarang apabila tiba Sabtu ini, jika kami melakukan tugas dengan betul dan menang kedua-dua perlawanan itu, kami akan berada di tangga teratas.”

Pasukan kendalian pengurus United, Sir Alex Ferguson itu dijangka sekali lagi beraksi tanpa pertahanan berpengaruh, Rio Ferdinand kerana sakit belakang.

Ferdinand mengalami pengecutan otot dan terpaksa dipinggirkan ketika pasukannya menang ke atas Chelsea, sebelum dia dihantar menjalani pemeriksaan imbasan lanjutan terhadap masalah itu.

United masih menunggu keputusan ujian itu dan Ferguson mengakui ketiadaan pemain berkenaan memberi tamparan hebat sekalipun memuji pemain pertahanan England yang beraksi cemerlang sebagai pengganti di bahagian pertahanan tengah United, Jonny Evans.

Evans, baru berusia 21 tahun, tampak seperti bintang dalam pembikinan apabila melaksanakan tugasnya dengan baik tanpa melakukan kesilapan.

Ferguson berkata: “Dia begitu hebat. Bagi budak muda yang baru mencecah umur 21 tahun minggu lalu, dia benar-benar cemerlang menentang Chelsea.” - AFP

“Cara dia membaca perlawanan dan melorongkan bola, memperlihatkan dia seperti gergasi seperti kebanyakan pemain kami. Saya begitu berpuas hati dengan corak permainannya.”


manchesterunited 1/14/2009 09:26:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox