Friday, January 2, 2009

Ronaldo setia di Old Trafford


RONALDO nafi akan tinggalkan United.

LONDON - Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo sekali lagi menegaskan bahawa spekulasi berpanjangan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid adalah tidak benar.

Kenyataan pemain antarabangsa Portugal itu dibuat selepas terdapat laporan bahawa dia telah pun mengikat perjanjian dengan kelab gergasi Sepanyol itu.

Ronaldo beraksi cemerlang buat United musim lepas dengan menyumbang 42 gol dalam semua kejohanan, sekali gus membantu Red Devils menjulang gelaran berganda, Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

Pengarah Real, Pedro Trapote dipetik berkata Disember lalu bahawa kelabnya telah mengikat perjanjian untuk mendapatkan khidmat Pemain Terbaik Eropah itu hujung musim ini.

Begitupun, Ronaldo mengulangi sekali lagi bahawa laporan itu adalah palsu.

"Memang banyak spekulasi kedengaran, bukan saja mengenai saya, tapi juga mengenai masa depan semua pemain lain di dunia," kata Ronaldo.

"Orang telah bercakap mengenai saya musim panas ini, tapi itu perkara biasa.

"Apa yang mereka katakan ketika ini (spekulasi terbaru mengenai perjanjian dengan Real Madrid) adalah tidak benar.

"Siapa yang memberitahunya adalah seorang penipu kerana saya gembira di kelab ini, saya mahu tinggal di sini. Saya amat selesa dan sangat gembira berada di sini," ujarnya.

Biarpun mengakui dia agak tertekan selepas khabar angin tersebut, Ronaldo bagaimana memberitahu yang dia tidak risau mengenai kemungkinan peminatnya akan membencinya sekali lagi.

"Saya rasa peminat tidak akan lupa dengan mudah apa yang kamu lakukan kepada kelab," tambahnya.

"Ketika saya tiba di Old Trafford untuk beraksi (perlawanan pertama musim ini) menentang Villarreal, saya berasa sedikit tekanan.

"Tapi peminat sangat bagus dan inilah sebabnya saya rasa peminat Manchester United amat menakjubkan.

"Saya sayangkan peminat kerana mereka bersikap baik dengan saya, bukan saja musim ini, tapi juga setiap musim. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya amat selesa di Manchester," jelas Ronaldo. - Agensi



manchesterunited 1/02/2009 08:46:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox