Wednesday, January 14, 2009

Peluang United pintas Liverpool


ROONEY


MANCHESTER - Manchester United perlu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan dua perlawanan yang dimiliki bagi mengulangi kejayaan menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.

United berpeluang merampas kedudukan teratas liga andai mereka dapat memungut enam mata maksimum daripada dua kelebihan perlawanan tersebut bermula aksi bertemu Wigan Athletic di Old Trafford awal pagi esok.

Penyerang United, Wayne Rooney tidak berhasrat untuk terus bergembira dengan kejayaan menumbangkan Chelsea 3-0 Ahad lalu, sebaliknya dia mahu fokus pada perlawanan akan datang.

Menurut Rooney, apa yang perlu United lakukan ketika ini ialah mendaki kedudukan liga secepat mungkin bagi memberi tekanan kepada pendahulu, Liverpool.

"Ia terpulang kepada kami sendiri. Jika kami menang dua perlawanan minggu ini, kami akan berada di tangga teratas.

"Biarpun berada di takhta hanya seketika sehingga aksi Liverpool bertemu Everton Isnin depan, kami mahu lihat United berada di tangga teratas liga selepas tamat perlawanan menentang Bolton Sabtu ini.

"Menang ke atas Chelsea Ahad lalu memang sangat penting. Selepas melihat Liverpool sekadar seri tanpa jaringan dengan Stoke, kami rasa perlu ambil peluang itu dan mencari kemenangan," katanya.

Pengurus United, Alex Ferguson pula menjangkakan United akan sekali lagi turun tanpa pertahanan kental, Rio Ferdinand yang masih mengalami kecederaan belakang.

Namun, dia yakin pemain muda, Jonny Evans mampu melaksanakan tugas dengan baik bagi mengisi tempat Ferdinand.

"Dia (Evans) sungguh menakjubkan. Sebagai pemain muda dengan usia baru 21 tahun, dia sememangnya cemerlang ketika bertemu Chelsea.

"Dia bijak membaca permainan, mengawal bola dengan baik dan mampu berdiri sama tinggi dengan pemain utama kami yang lain. Saya bangga dengannya," kata Ferguson. - AFP



manchesterunited 1/14/2009 05:29:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox