Wednesday, January 7, 2009

Ferguson optimis peluang United



Alex Ferguson

SOUTHAMPTON - Pengurus Alex Ferguson mungkin beranggapan agak mustahil buat Manchester United untuk memenangi satu gelaran Eropah dan tiga kejuaraan domestik.

Namun, dia tetap percaya anak buahnya mampu memberi saingan dalam keempat-empat kempen tersebut.

United memulakan kempen Piala FA dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas kelab Divisyen Satu, Southampton di St. Mary's kelmarin.

Jaringan daripada pemain remaja, Danny Welbeck dan Darron Gibson serta sepakan penalti Nani menyaksikan United meneruskan kemaraan dalam kempen Piala FA.

United yang memburu kejuaraan Liga Perdana England buat kali ketiga berturut-turut, juga berjaya melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara apabila dijadualkan menentan Inter Milan.

Esok, skuad kendalian Ferguson akan berdepan Derby pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga.

Sehingga kini, tiada pasukan yang pernah memenangi empat trofi dalam satu musim, namun Ferguson tetap menganggap semuanya tidak mustahil untuk dilaksanakan anak buahnya.

"Saya rasa kami memiliki skuad yang cukup bagus untuk memberi saingan dalam semua kejohanan, selagi kami tidak dilanda krisis kecederaan. Itu yang paling penting.

"Kempen Piala FA adalah perlawanan kalah mati, jadi kamu tidak akan tahu apa yang akan berlaku.

"Kami memiliki beberapa pemain muda yang bagus di kelab ini dan perlawanan ini adalah peluang buat mereka untuk menimba pengalaman.

"Pemain seperti Welbeck dan Gibson telah membuktikan mereka memiliki keyakinan dan sikap yang sesuai," kata pengurus berusia 67 itu.

Lawan United pada pusingan keempat Piala FA nanti ialah Tottenham Hotspur yang mana pengurusnya, Harry Redknapp pernah membimbing Portsmouth menyingkirkan anak buah Ferguson pada aksi suku akhir kempen yang sama di Old Trafford musim lepas.

"Ia satu pertemuan yang paling menarik perhatian. Pertemuan antara kami memang sentiasa kompetitif.

"Harry Redknapp membimbing Portsmouth ketika mengalahkan kami musim lalu, jadi harapnya kami mampu menebusnya kembali," kata Ferguson. - AFP



manchesterunited 1/07/2009 08:35:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox