Thursday, May 22, 2008

Hargreaves anggap sertai United berbaloi

MOSCOW: Owen Hargreaves percaya kejayaan Manchester United melangkah ke final Liga Juara-Juara, membuktikan perpindahannya ke kelab bola sepak Inggeris itu sebagai pemain tengah, berbaloi apabila akan turun dalam percubaannya merangkul pingat kedua Liga Juara-Juara.

Hargreaves meraih gelaran juara Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich pada 2001, namun menamatkan kejayaan penuh bergaya sejak sedekad bersama kelab Jerman tahun lalu untuk bersama United dengan yuran perpindahan bernilai RM107.1 juta.

“Pada umur saya menjangkau 26 tahun, saya merasakan saya perlukan cabaran baru. Saya selesa di Munich, hampir terlalu selesa,” kata pemain antarabangsa England kepada wartawan sebelum perlawanan akhir menentang Chelsea di Moscow.

“Saya mahu membuat langkah seterusnya - jurulatih baru, rakan pasukan baru dan cabaran baru. Satu saja sebab saya meninggalkan Bayern Munich - untuk bersama kelab handalan dan Manchester United mempunyai semua itu.

“Saya gembira mengambil keputusan berpindah itu kerana saya rasa kami mempunyai pemain yang berpotensi untuk mencapai sesuatu yang istimewa,” katanya.

Semuanya akan berlaku, esok, bersama United yang baru meraikan kejayaan merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris, kurang daripada seminggu dalam usaha mereka mengulangi kejayaan Eropah pada 1999 ke atas Bayern Munich ketika Hargreaves baru memulakan kariernya bersama Bundesliga.

“Saya fikir saya sudah melakukan yang termampu ketika bersama Munich. Saya menempuh satu masa yang hebat di sana. Ia satu perasaan yang hebat dan banyak yang saya pelajari,” katanya.

“Saya meraih empat gelaran liga, tiga piala kali dan sekali gelaran juara Liga Juara-Juara dan ia adalah masa yang sesuai untuk beralih angin. Pada umur seperti ini, saya merasakan United adalah tempat yang paling baik untuk saya. Saya gembira berpindah.” - Reuters



manchesterunited 5/22/2008 02:15:00 AM
_________________

Wednesday, May 21, 2008
Pertemuan antara pemain terhebat dunia

MOSCOW - Chelsea bakal beraksi dalam perlawanan akhir pertama Liga Juara-Juara manakala Manchester United kembali ke pentas final selepas sembilan tahun menunggu.

United-Chelsea sarat dengan pemain yang memiliki pengalaman di pentas final kejohanan itu apabila kedua-duanya berentap pada perlawanan akhir di Stadium Luzhniki, Rusia, awal pagi esok.

Selepas bertungkus lumus dalam saingan Liga Perdana England, mereka akan membuat sepak mula dengan 13 daripada 22 pemain kesebelasan utama pernah beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan tertinggi kelab Eropah itu.

Ryan Giggs dan Gary Neville berpeluang untuk mengulangi kecemerlangan di kelab yang sama selepas mereka mara ke final pada 1999 pada perlawanan yang penuh glamor.

Namun yang menjadi ukuran sebagai daya tarikan untuk menyaksikan pertembungan kelab England itu ialah Chelsea yang mara ke tahap ini buat pertama kali.

Pasukan itu mungkin boleh memilih lapan pemain yang pernah beraksi dalam final Liga Juara-Juara - dengan enam daripadanya mewakili pasukan yang menang.

Para pemain terbabit menyertai Chelsea lima tahun lalu kerana reputasi yang dibina bersama bekas kelab masing-masing.

Bagi pemain bintang United yang akan beraksi dalam perlawanan hari ini, hanya Patrick Evra yang masih belum merasai kemenangan walaupun penjaga gol Edwin van der Sar berada di pasukan yang tewas, Ajax pada musim 1995 dan 1996.

Penampilan Van Der Sar itu adalah yang pertama berbanding 13 pemain lain, dengan pemain United, Giggs dan Neville beraksi buat pertama kali di final pada edisi berikutnya pada 1999.

Penyerang Chelsea dari Perancis, Nicolas Anelka beraksi untuk Real Madrid ketika menang 3-0 ke atas Valencia pada 2000.

Pemain United Owen Hargreaves merupakan sebahagian daripada pasukan Bayern Munich yang menewaskan Valencia menerusi penalti pada tahun berikutnya.

Gandingan penyerang Chelsea, Michael Ballack dan Claude Makelele beraksi sebagai 'musuh' pada final 2002 ketika kelab Jerman Bayer Leverkusen menewaskan Madrid 2-1.

Setahun selepas itu, Andrei Shevchenko menjadi sebahagian daripada anggota pasukan AC Milan yang menewaskan Juventus di final.

Shevchenko tampil bersama pasukannya yang tewas pada 2005 kepada Liverpool - bersama-sama Van der Sar, iaitu pemain tunggal daripada 13 pemain yang beraksi dalam dua perlawanan akhir.

Evra beraksi menentang pasukan yang diwakili Ricardo Carvalho dan Paulo Ferreira pada final 2004 apabila pasukan gandingan pemain itu, Porto menewaskan Monaco 3-0.

Pemain terakhir kumpulan tersebut yang pernah beraksi di final iaitu pertahanan Chelsea, Juliano Belletti dan Ashley Cole, yang 'bermusuhan' pada final 2006 ketika Barcelona menewaskan Arsenal.

Belletti memastikan kemenangan selepas diturunkan sebagai pemain gantian.

Namun hakikatnya, Shevchenko, Neville, Belletti dan Ferreira sudah hampir pasti tidak akan diturunkan, begitu juga Hargreaves, segala-galanya bergantung kepada formasi yang akan digunakan oleh bos United, Sir Alex Ferguson untuk membuat pilihan.

Anelka juga dijangka menghuni bangku simpanan kerana pengurus Chelsea, Avram Grant lebih yakin kemampuan Didier Drogba di bahagian serangan, manakala Giggs mungkin diturunkan sebagai pilihan kedua menggantikan pemain Korea, Park Ji-Sung.

Ini bermakna mungkin enam daripada 13 pemain yang pernah beraksi di pentas final akan diturunkan pagi ini.

Tetapi tidak kira apa yang akan terjadi, kedua-dua pasukan tidak boleh dianggap kurang pengalaman dalam pertandingan bola sepak tertinggi Eropah itu.

- AFP


manchesterunited 5/21/2008 03:30:00 PM
_________________

Monday, May 19, 2008
Van der Sar mahu medal juara kedua

MANCHESTER: Penjaga gol Manchester United, Edwin Van der Sar memberi gambaran mungkin bersara apabila kontrak Old Trafford sekarang berakhir dalam masa 12 bulan lagi dan dia begitu bersemangat untuk menerima penghormatan sekurang-kurangnya sebagai pemenang Liga Juara-Juara sekali lagi.

Bekas penjaga gol berusia 37 tahun itu yang pernah beraksi bersama Ajax dan Juventus akan mencari gelaran ketiga Liga Juara-Juara apabila skuad kendalian Sir Alex Ferguson, Manchester United berdepan Chelsea di Moscow, awal pagi Khamis.

Van der Sar muncul pemenang saingan terbesar kelab Eropah itu pada umur 24 tahun ketika membantu Ajax menewaskan AC Milan di Vienna pada 1995.

Setahun kemudian dia sekali lagi mara ke final tapi penjaga gol itu merasai pengalaman pahit tewas apabila kelab Belanda diwakili, Ajax tunduk melalui penentuan penalti kepada Juventus di Rome.

Selepas 12 tahun daripada penampilan terakhirnya di final, dia mahu membantu United mengulangi kehebatan 1999 mereka sewaktu ditabalkan sebagai juara Eropah selepas muncul juara Liga Perdana Inggeris.

Dia mengakui berdepan Chelsea di ibu negara Russia itu akan menjadi peluang terakhirnya menjadi sebahagian daripada set eksklusif pemain yang pernah meraih dua pingat kemenangan Liga Juara-Juara.

Kontrak Van der Sar bersama United akan berakhir pada musim panas tahun depan dan pemain antarabangsa Belanda itu mengakui peluangnya semakin berkurangan.

“Mungkin pada 1995 (sewaktu saya memenanginya), saya merasakan saya akan mendapat lebih banyak peluang,” katanya.

“Saya akan bermain satu atau dua tahun lagi, jadi peluang untuk saya semakin suntuk. Saya perlu mengambil peluang ini.

“Ia pertandingan yang hebat dan saya benar-benar terharu dapat mara ke final dan memiliki satu peluang sekali lagi.

“Saya tahu apa rasanya apabila menang dan tewas pada final. Saya tahu bagaimana keadaannya apabila berada pada tahap tertinggi dan paling rendah dalam hidup anda.

“Ia perlawanan besar. Semua pemain tahu apa perlu dilakukan. Mereka tahu apa yang dimahukan daripada mereka.” - Agensi


manchesterunited 5/19/2008 02:33:00 PM
_________________

Sunday, May 18, 2008
Man. United atau Chelsea

LONDON – Apabila cerucuk terakhir dan habuk gergaji di buang keluar, jurubina telah dibayar untuk menyaksikan dua aksi terbesar dalam negara menjadi tumpuan pada pembukaan semula penuh besar-besaran.

Beberapa tempat menjadikan bola sepak sebagai teater di stadium lama Wembley tetapi akhirnya kini perlawanan akhir Piala FA antara Chelsea dan Manchester United menawarkan sentuhan ajaib Norman Foster di gelanggang baru yang bakal memahatkan kenangan lalu dan tradisi zaman silam.

Jika kerja membaik pulih pada mulanya dirancang di bahagian hadapan stadium, sudah tentu penghormatan diberikan kepada Liverpool dan West Ham 12 bulan lalu.

Tetapi mungkin ada pertikaian bagaimana dua pasukan terbaik musim ini akan memenuhi di tengah pentas persaingan malam ini.

‘‘Kami memang sentiasa ingin menjadi orang pertama.

‘‘Saya masih ingat tahun lalu apabila kami disingkir tetapi diharap ia mungkin dapat ditangguhkan,’’ demikian reaksi pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson awal minggu ini.

Buat Ferguson beliau menjadi satu-satunya pengurus bola sepak British paling berjaya dalam kariernya terutama pada generasinya.

Pengurus dari Scotland itu mengakui melihat perlawanan bersejarah malam ini tidak mahu berakhir dengan penentuan sepakan penalti.

Apabila aksi akhir Patrick Vieira menyarung jersi Arsenal membantu kemenangan menewaskan United dalam perlawanan akhir 2005, apabila perlawanan pertama terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Itu adalah buat kali keempat, Ferguson melihat pemainnya kecewa menderita tewas dalam keadaan situasi tersebut.

Beliau tidak pernah melihat pihaknya memperoleh kemenangan menerusi sepakan penalti dan dalam perlawanan akhir malam ini Ferguson mengharapkan dan percaya ia tidak akan terjadi.

‘‘Anda tahu rekod saya dengan sepakan penalti. Kami berharap ia tidak akan berlaku di peringkat ini,’’ ujar Ferguson sambil tersenyum.

Berdasarkan pertemuan kedua-dua pasukan musim ini jelas buntu.

Kecemerlangan Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney di samping Ryan Giggs dan Paul Scholes, United tampak menyakinkan dan tidak sangsi keupayaan mereka malam ini.

Chelsea pula diselubungi masalah kecederaan pemain yang berpanjangan telah menjejaskan kempen mereka.

Tetapi kembalinya semula Joe Cole sejak beberapa minggu sebelum ini, dia telah membawa nafas baru kepada skuad bimbingan Jose Mourinho walaupun mereka sedih terpaksa melepaskan mahkota Liga Perdana England musim ini kepada lawannya Sabtu lepas.

Buat Ferguson, kemenangan adalah gelaran keempat liga dan piala berganda dalam tempoh dua dekad sejak mengambil alih manakala Mourinho cuba menyekat pengurus dari Scotland itu daripada melengkapkan kemenangan menjulang trofi - bagi Piala FA sering menggagal kan beliau sejak tiga musim di Stamford Bridge.

‘‘Ia amat bermakna buat saya. Ia mengingatkan saya apabila kali pertama saya mula mencintai permainan ini.

‘‘Ada beberapa trofi yang sering kali saya idamkan untuk memenanginya dan Piala FA adalah salah satu daripadanya,’’ ujar Mourinho.

Ketiadaan Gary Neville, Ryan Giggs akan menjadi ketua pasukan United dengan pemain sayap Wales itu meletakkan sasaran untuk menjadi pemain pertama dalam era moden ini mendakap lima kejuaraan Piala FA.

Jika ada Nevilla dan penyerang Perancis, Louis Saha kekuatan United tampak cukup ampuh.

Begitupun pulihnya Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic daripada kecederaan manakala Wes Brown mengisi bahagian tengah berubah mengisi kekosongan tempat Neville di pertahanan kanan dan sekali gus melihat pemain Ireland, John O’Shea berada di bangku simpanan.

Kedudukan Chelsea lebih parah akibat kecederaan dan mereka beraksi tanpa Andriy Shevchenko, Michael Ballack dan lebih penting tanpa pertahanan tengah, Ricardo Carvalho - pemain paling menarik perhatian musim ini.

Pemain tengah, Mikel John Obi turut terlepas peluang terbaik beraksi di Wembley manakala Arjen Robben kedudukannya masih disangsikan.

‘‘Kami mempunyai banyak kecederaan. Jika kami mempunyai budak di bangku simpanan, saya percaya pemain akan memberikan kesungguhan untuk memenangi perlawanan ini,’’ ujar pengurus Chelsea itu.

– AFP


manchesterunited 5/18/2008 08:15:00 AM
_________________

Tuesday, May 6, 2008
Penyokong Man U berpesta

LONDON: Sir Alex Ferguson merampas gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dari genggaman Chelsea, semalam dan bakal menjadi faktor utama mengapa pengurus Manchester United itu masih kekal dalam kelab berkenaan.


Pengurus kelahiran Scotland berusia 65 tahun menjulang trofi ke-20 dalam tempoh dua dekad di Old Trafford selepas Chelsea sekadar seri 1-1 dengan Arsenal. Kini dia mahukan lebih daripada itu, tetapi tetap dahagakan kemenangan menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Chelsea, 19 Mei ini.

Kekecewaan mereka sangat tinggi selepas tewas dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan satu gelaran dalam tempoh 20 tahun belum cukup bagi Ferguson, yang belum berpuas hati hinggalah pasukannya menjadi kelab terbaik bola sepak Eropah.

Empat hari sebelum United mengesahkan gelaran juara EPL ke-16, mereka kecundang kepada AC Milan 3-0 pada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara.

Ferguson mengetahui pemainnya tidak dapat beraksi lebih baik dengan kemampuan yang ada.

Tetapi kemenangan 1-0 ke atas Manchester City, kelmarin sudah cukup meletakkan United dengan satu keputusan membanggakan di gelanggang lawan bagi merampas gelaran juara buat pertama kali sejak 2003.

“Malam Rabu akan datang, selepas melalui semua cabaran, termasuk kekurangan waktu rehat, pemain-pemain akan menunjukkan aksi yang memberanikan,” kata Ferguson.

Ferguson dan legenda Old Trafford, Matt Busby kedua-duanya memenangi sekali gelaran juara Piala Eropah. Busby menang pada 1968, 10 tahun kemudian dia bersama enam pemainnya terbunuh selepas pesawat yang dinaiki terhempas di Munich.

Ia mengambil masa terlalu lama untuk Ferguson keluar daripada bayangan rakan senegaranya. Dia terpaksa melakukannya di bawah pengambilalihan pemilik baru, baru-baru ini.

Ahli pernigaan dari Amerika Syarikat, Malcolm Glazer dan anaknya yang mengambil alih kelab itu dua tahun lalu dan kini menyandang gelaran juara liga. United mengecewakan pemilik kelab Chelsea yang juga jutawan Russia, Roman Abramovich yang sudah memiliki gelaran juara EPL dua kali berturut-turut.

Sama ada Glazer atau Abramovich akan memenangi gelaran


manchesterunited 5/06/2008 08:26:00 AM
_________________

Manchester United juara EPL

Peluang Chelsea berkubur di Stadium Emirates selepas seri dengan Arsenal


LONDON: Mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sah menjadi milik Manchester United selepas pencabar terdekatnya Chelsea hanya mampu seri 1-1 dengan Arsenal di Stadium Emirates, malam tadi.

Chelsea, yang perlu menang untuk menghidupkan sisa-sisa peluang memenangi kejuaraan EPL buat musim ketiga berturut-turut ketika saingan liga berbaki dua perlawanan sahaja, bagaimanapun hampa dengan Arsenal mendahului 1-0 pada babak pertama.

Gilberto Silva meletakkan tuan rumah di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-43 selepas pemain tengah Julio Baptista dijatuhkan oleh pertahanan lawan, Khalid Boulahrouz.

Boulahrouz, yang beraksi buat kali pertama sejak berehat tujuh minggu kerana kecederaan, kemudiannya dibuang padang.

Bagaimanapun, Chelsea bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi Michael Essien pada minit ke-70 menewaskan pertahanan Arsenal, William Gallas dengan tandukan hebat yang melepasi jangkauan penjaga gol Jens Lehmann.

United kini memenangi kejuaraan Inggeris buat kali kesembilan sejak EPL diperkenalkan pada 1992 - semuanya di bawah kendalian Alex Ferguson, yang mengambil alih pengurusan kelab itu pada November 1986. United juga memenangi tujuh lagi kejuaraan Inggeris.

Sabtu lalu, United menewaskan Manchester City 1-0 untuk mengumpul 88 mata. Chelsea memiliki 81 mata dengan baki dua perlawanan. Kedua-dua pasukan bertemu di Stamford Bridge Rabu ini.

United menerima kunjungan West Ham Ahad ini dalam perlawanan terakhir liga musim ini manakala Chelsea menanti kehadiran Everton.

Skuad Ferguson dan Chelsea, yang disingkirkan pada separuh akhir Liga Juara-Juara Uefa minggu lalu, turut berdepan satu sama lain pada final Piala FA 19 Mei ini. Chelsea memburu kejuaraan berganda selepas memenangi Piala Liga.

Sekalipun beraksi dengan 10 pemain, Chelsea masih mampu mengancam pada babak kedua.

Pemain tengahnya Joe Cole berjaya meletakkan bola di dalam gawang pada minit ke-77 tetapi ia tidak disahkan kerana ofsaid.

Ketua pasukannya, John Terry kecewa apabila tandukannya melepasi palang pada minit ke-85 dan percubaan bergaya Frank Lampard diselamatkan Lehmann dua minit kemudian ketika juara bertahan itu berusaha mencari gol kemenangan.

Salomon Kalou turut kecewa sesudah percubaannya diselamatkan Lehmann pada masa kecederaan dengan Arsenal membalas apabila sepakan pertahanan Emmanuel Eboue terkena palang gol. - Agensi


manchesterunited 5/06/2008 08:10:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox