Tuesday, January 29, 2008
Ferguson lega Scholes cergas

LONDON – Alex Ferguson percaya pengalaman tonggak tengah, Paul Scholes boleh memainkan peranan penting membantu usaha Manchester United mengulangi kejayaan tahun 1999 dengan menjulang tiga gelaran sekali gus.

Bekas pemain kebangsaan England berusia 33 tahun itu baru pulih daripada pembedahan lutut dan keadaan dia semakin baik semasa diturunkan sebagai pemain gantian semasa menewaskan Tottenham 3-1 dalam saingan Piala FA.

‘‘Setiap kali bola singgah ke kaki Scholes, ada sahaja keajaiban yang dilakukannya. Permainan seolah-olah terhenti seketika apabila dia mengawal bola. Memang dia hebat,’’ kata Ferguson.

Scholes menjalani pembedahan pada lututnya, Oktober lalu selepas cedera semasa menentang Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara-Juara.

Buat masa ini, United menguasai kedudukan liga dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol dengan Arsenal yang akan ditentangnya dalam saingan Piala FA, bulan depan.

Bagaimanapun, United dilihat mempunyai peluang yang baik untuk merangkul ketiga-tiga kejuaraan musim ini - Piala FA, liga dan Liga Juara-Juara.

‘‘Sasaran ini tampak mustahil tetapi kami akan cuba membuktikannya. Ramai orang kata kejayaan tahun 1999 sukar diadakan semula tetapi kami akan pergi mendapatkannya.

‘‘Kami semakin menruskan kemaraan dalam Piala FA dan kami juga adalah pendahulu Liga Perdana,’’ kata Ferguson.

– AFP


manchesterunited 1/29/2008 11:27:00 AM
_________________

Tevez kagum kehebatan Rooney

LONDON – Carloz Tevez mengakui dia seronok bersama Manchester United apatah lagi mengagumi kehebatan rakan sepasukan seperti Wayne Rooney dan Paul Scholes.

Dalam satu temu bual bersama stesen radio di Argentina, Tevez berkata, saingan semakin sengit dalam kancah liga tetapi pada masa yang sama dia terpaksa mewakili negaranya, Argentina yang akan menentang Brazil dalam kelayakan Piala Dunia 2010 pada Jun ini.

‘‘Rooney seorang fenomena. Dia adalah salah seorang daripada pemain United yang melayan saya dengan baik ketika mula tiba di sini.

‘‘Malah, sebelum berhijrah ke United, Rooney memberitahunya dia mahu berganding dengan saya. Begitu juga Scholes yang banyak membantu
saya,’’ kata Tevez kepada radio Del Plata yang dipetik akhbar La Nacion.

Tevez yang menjaringkan 10 gol dalam kancah liga untuk United berkata, corak permainan pertahanan dalam liga keras.

‘‘Pemain pertahanan mereka memang kental sehinggakan saya sering kepenatan setiap kali habis perlawanan. Mereka tidak mencederakan anda tetapi gemar mengejar bola,’’ ujarnya.

Tevez juga bimbang terhadap keletihan yang dialaminya yang dikhuatiri boleh menjejaskan persembahan menentang Brazil.

‘‘Saya berasa sangat penat. Saya langsung tidak ada cuti rehat untuk tempoh dua tahun sebelum ini,’’ katanya.

Tevez yang terikat dengan satu hukuman penggantungan akan terlepas aksi menentang Ecuador pada 14 Jun ini.

– Reuters


manchesterunited 1/29/2008 10:46:00 AM
_________________

Monday, January 28, 2008
Ronaldo tabik rakan bantu julang namanya

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo kian menepati status selaku 'pemain paling panas' dalam kancah bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) - segala-galanya terarah kepada kelibat penyerang dari Portugal itu mencipta 25 gol setakat ini - dengan terkini apabila menyumbat dua gol membantu Manchester United menewaskan Tottenham 3-1 dalam saingan pusingan keempat Piala FA, kelmarin.

Apapun, dengan sikap merendahkan diri penyerang berkenaan menegaskan betapa dia berhutang budi kepada rakan sepasukan di Old Trafford di atas kecemerlangan ketika ini.

Bintang Portugal itu menjaringkan salah satu gol kelmarin menerusi penalti selepas pemain Tottenham, Michael Dawson dilayangkan kad merah kerana memegang bola.

Dia gagal menyempurnakan penalti terakhir dalam kekalahan 2-1 United di West Ham pada 29 Disember lalu tetapi Ronaldo berkata dia tidak memiliki keraguan memikul tanggungjawab menyepak penalti.

“Kadang kala anda gagal tetapi keyakinan saya sentiasa positif dan saya menyepak penalti dengan baik dan menjaringkan gol,” katanya.

“West Ham adalah masa lampau, ini adalah masa kini dan saya menjaringkan gol, jadi saya gembira.

“Untuk menjaringkan 25 gol adalah hebat tetapi saya perlu mengucap terima kasih kepada rakan sepasukan kerana mereka dan peminat banyak membantu.

“Saya melalui musim yang hebat dan saya mahu meneruskannya. Perkara paling penting adalah pasukan bermain dengan baik, kami berada di atas liga dan pusingan Piala FA seterusnya.”

Sementara itu, pengurus Tottenham, Juande Ramos enggan membincangkan mengenai usahanya memburu bek tengah Middlesbrough, Jonathan Woodgate.

Newcastle adalah saingan tunggal Spurs bagi pemain berusia 28 tahun itu dan pengurus, Kevin Keegan mengakui Sabtu lalu dia tidak menjangkakan Woodgate, yang diberi kebenaran untuk berbincang dengan kedua-dua kelab untuk berpindah ke St James’ Park.

Tetapi di sebalik laporan bahawa Woodgate sudah lulus ujian perubatan dan sudah menandatangani kontrak tiga setengah tahun bersama kelab White Hart Lane itu, Ramos enggan memperkatakan mengenai perjanjian itu. - AFP


manchesterunited 1/28/2008 10:45:00 AM
_________________

Sunday, January 27, 2008
Bisa Ronaldo

LONDON – Sentuhan Cristiano Ronaldo benar-benar berbisa.
Semalam, dia sekali lagi mencuri tumpuan apabila membantu Manchester United mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Tottenham Hotspur pada perlawanan pusingan keempat Piala FA.

Spurs yang sebelum ini berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Liga terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Robbie Keane pada minit ke-24.

Tersentak dengan jaringan itu, United terus menggandakan asakan dan hasilnya, penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez menyamakan kedudukan pada minit ke-38.

Spurs terpaksa beraksi dengan

10 pemain apabila Michael Dawson dilayangkan kad merah kerana menahan bola dengan tangan di kawasan penalti pada minit ke-69.

Ronaldo mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut sebelum bintang Portugal itu menjaringkan gol ke-25 peribadinya musim ini dua minit sebelum perlawanan berakhir.

“Ronaldo sekali lagi membuktikan kehebatannya. Dia berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dengan baik sekali dan jaringan keduanya cukup mengagumkan,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

United akan menyertai juara bertahan, Chelsea, Arsenal dan Liverpool yang telah mengesahkan slot pusingan kelima lebih awal.


manchesterunited 1/27/2008 10:44:00 AM
_________________

Thursday, January 24, 2008
Piala Negara Afrika:Pemain Man U menjaringkan gol

TAMALE, Ghana: Elrio van Heerden menjaringkan gol lewat bagi menyelamatkan Afrika Selatan meraih seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan menentang Angola kejohanan Piala Negara Afrika manakala Tunisia mengekang Senegal 2-2, semalam.

Pembelian terbaru Manchester United, Alberto Manucho meledakkan jaringan dengan tandukan terbang pada minit ke-30 daripada hantaran lintang Flavio Amado untuk meletakkan Angola di depan, tetapi rembatan kaki kiri Van Heerden pada minit ke-88 membolehkan Bafana Bafana seri.

Manucho menanti permit kerja sebelum menyertai juara Liga Perdana Inggeris United.

Keputusan membolehkan semua empat pasukan dalam Kumpulan D terikat dengan satu mata selepas Mejdi Traoui menjaringkan gol pada minit ke-84 untuk membolehkan Tunisia meraih seri menentang Senegal.

Traoui menjaringkan gol menerusi serangan balas, menewaskan penjaga gol Senegal, Tony Sylva dengan ledakan kencang dari jarak dekat.

Afrika Selatan memiliki banyak peluang tetapi dinafikan penjaga gol Angola, Joao Lama.

Steven Pienaar mengumpan Tsholofelo Modise pada minit keenam, tetapi volinya diselamatkan Lama. Pienaar meluru di sayap kanan pada minit ke-20, dan hantaran lintangnya melepasi semua, termasuk rakan penyerangnya.

Flavio terlepas peluang untuk menambah pendahuluan Angola pada pertengahan separuh masa kedua apabila merembat terus ke arah penjaga gol Afrika Selatan, Moneeb Josephs.

"Kami bermain dengan bersemangat pada separuh masa kedua dan itu memberikan kami harapan untuk perlawanan seterusnya,"

Pengurus Afrika Selatan, Carlos Alberto Perreira berkata: "Kami mempunyai barisan muda dan menentang lawan dengan lapan pemain muda tetapi berpengalaman di Piala Dunia." - AP


manchesterunited 1/24/2008 10:42:00 AM
_________________

Sunday, January 20, 2008
MU menang 2-0 ke atas Reading

MU rasa perit menuju penamat

READING: Sir Alex Ferguson percaya kemenangan saat-saat terakhir yang diraih pasukannya ke atas Reading adalah kejayaan yang terbukti kritikal pada akhir kempen Liga Perdana.

Jaringan Wayne Rooney, 13 minit sebelum tamat diikuti umpanan penyerang England itu kepada Cristiano Ronaldo untuk meraih gol ke-23 musim ini pada masa kecederaan memastikan kemenangan 2-0 bagi Manchester United dan Ferguson mengakui lega barisan Steve Coppell akhirnya dapat dijinakkan.

“Anda mula risau apabila gol yang diharap tidak tiba dan ia memerlukan sentuhan daripada Wayne untuk membuka laluan kami,” kata warga Scotland itu.

“Reading betul-betul membuat anda kerja keras dan saya fikir ia adalah keputusan penting buat kami. Pada akhirnya kami berjaya untuk mengatasi mereka.” United tidak mempunyai ketajaman yang diperlukan seperti ketika membenam enam gol melepasi Newcastle pada minggu sebelum itu.

“Memikirkan peluang yang diperoleh, mungkin keupayaan kami membuat keputusan di akhir padang tidak begitu bagus,” akui Ferguson.

Tetapi bos United itu, yang membawa skuadnya ke Arab Saudi minggu ini bagi perlawanan persahabatan dan kem latihan cuaca panas, kekal berpuas hati dengan perjalanan musim.

“Sebagai pasukan, kami kelihatan kuat pada masa ini dan bertambah baik pada setiap minggu,” katanya.

“Ini adalah tempat sukar untuk datang dan mendapatkan keputusan tetapi kami terus berusaha dan mendapatkan habuannya pada akhir.

“Rooney, Ronaldo dan Tevez akan memberikan mana-mana pasukan masalah, jadi menjaringkan gol bukannya masalah buat kami tetapi kami kelihatan kental di belakang.

“Rio Ferdinand bermain bola sepak terbaik sebagai seorang pertahanan sejak saya berada di kelab ini dan dia begitu cemerlang hari ini.”

Pengurus Reading, Steve Coppell percaya United berada pada landasan untuk mengekalkan gelaran.

“Mereka adalah pasukan bagus dan keputusan baik buat kami adalah mengutip satu mata. Jika mereka kekal cergas dan bergantung beberapa lama mereka kekal dalam saingan di Eropah, saya fikir United akan meraih gelaran daripada Arsenal dan Chelsea dengan jurang mata yang kecil.” - AFP


manchesterunited 1/20/2008 02:40:00 PM
_________________

Thursday, January 17, 2008
Real tidak putus asa memancing Ronaldo

MADRID – Real Madrid memberi amaran kepada Manchester United bahawa mereka tidak akan berputus asa untuk ‘memancing’ Cristiano Ronaldo (gambar).

Kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan sanggup mengatasi rekod pembelian dunia dengan menawarkan 50 juta pound (RM322 juta) bagi mendapatkan pemain sayap Portugal itu pada akhir musim ini.

Ronaldo dianggap antara pemain terbaik dunia sejak dua tahun lalu dan prestasinya kini dilihat semakin memuncak.

Bagi kelab yang kukuh dari segi kewangan seperti United, tawaran tersebut walaupun dilihat amat besar, sebenarnya ia tidak begitu menarik minat mereka.

Harga seperti itu dilihat tetap gagal untuk memisahkan Ronaldo dari United kecuali bintang Portugal itu sendiri mahu meninggalkan Old Trafford.

Biarpun sebelum ini Ronaldo pernah melahirkan hasratnya untuk beraksi di Sepanyol, namun buat masa ini, dia dilihat masih setia bersama juara Liga Perdana England itu.

Dalam pada itu, pengarah sukan Real, Pedja Mijatovic berkata, pihaknya akan tetap memantau dan bersedia seandainya bintang muda itu menukar fikirannya.

“Ronaldo adalah pemain yang luar biasa. Walaupun kami sedar bahawa untuk membawa pemain sepertinya ke Real amat sukar dilaksanakan, kami akan tetap berusaha melakukannya,” katanya.

“Jika suatu hari nanti peluang itu muncul, maka kami adalah kelab pertama yang akan memancingnya. Ia satu penghormatan kepada mana-mana kelab di dunia ini.”

Ronaldo telah menjaringkan 22 gol dalam 25 penampilannya bersama United musim ini. – Agensi


manchesterunited 1/17/2008 08:39:00 AM
_________________

Monday, January 14, 2008
Man United sign Angolan striker Manucho

Manchester United have signed 24-year-old Angolan forward Manucho following a successful trail with the Premier League champions.

Manucho, whose full name is Mateus Alberto Contreiras Goncalves, will join United from Angolan side Petro Athletico on a three-year deal in January, subject to a work permit.

According to the official Manchester United website Manucho was top goalscorer in the last two seasons of the GiraBola, the Angolan national championship, finishing with 16 goals in 2006 and 15 goals this year.

Sir Alex Ferguson told the United website: 'We have had Manucho here for a three-week trial and have been impressed enough to offer him a three-year contract.

'He is a tall, agile, quick forward and through contacts that Carlos [Queiroz] brought to our attention around six months ago'

Manucho will be part of the Angolan squad for the African Nations Cup in January.


manchesterunited 1/14/2008 09:06:00 AM
_________________

Sunday, January 13, 2008
RONALDO meledak hatrik buat kali pertama bersama United.

MANCHESTER – Cristiano Ronaldo menegaskan, kejayaan Manchester United kembali menerajui Liga Perdana England lebih bermakna berbanding hatrik pertamanya buat kelab itu ketika Red Devils menang 6-0 ke atas Newcastle United kelmarin.


Pemain sayap Portugal itu meledakkan tiga gol pada babak kedua selepas skuad bimbingan Alex Ferguson itu gagal menembusi kubu Newcastle pada babak pertama.

Ronaldo kini mengumpul 22 gol, kurang satu daripada jaringan yang dilakukannya ketika membantu United merangkul kejuaraan liga musim lepas.

Begitupun, Ronaldo, 22, tetap menyifatkan pencapaian peribadinya adalah perkara kedua kerana baginya, apa yang paling penting membantu United mempertahankan gelaran liga.

“Ia hari yang istimewa bagi saya,” kata Ronaldo.

“Saya amat gembira untuk memenangi perlawanan ini dan membantu pasukan kembali ke tangga teratas liga. Inilah yang paling utama.

“Memang penting untuk menjaringkan gol dan membantu pasukan.

“Saya rasa bangga dan sangat gembira. Memang bagus untuk menjaringkan hatrik, tapi jika saya menjaringkan dua gol setiap perlawanan, ia sudah cukup bagi saya.

“Jika kami kekal beraksi seperti kami lakukan pada babak kedua, saya jamin kami akan menjadi pasukan terbaik.”

Sementara itu, Ferguson melemparkan pujian kepada bintangnya, Ronaldo.

“Saya memang rasa dia akan dapat melakukan hatrik suatu masa nanti,” kata Ferguson.

“Sudah banyak kali dia hampir melakukannya dan hari ini (kelmarin) dia paling cemerlang beraksi. Saya amat gembira melihatkan aksinya.

“Dia pemain muda yang menunjukkan banyak peningkatan, dia sentiasa berlatih dan semakin pantas membuat keputusan.

“Saya jangka dia akan menjaringkan lebih banyak gol musim ini.”

Selain hatrik menerusi Ronaldo, dua gol daripada Carlos Tevez dan satu menerusi Rio Ferdinand memastikan United memintas Arsenal selepas skuad kendalian Arsene Wenger itu seri 1-1 dengan Birmingham City. - AFP


manchesterunited 1/13/2008 08:35:00 AM
_________________

Friday, January 11, 2008
Ronaldo tak ternilai

LONDON: Ketua eksekutif Manchester United, David Gill berkata Manchester United tidak akan menjual Cristiano Ronaldo.

Pemain antarabangsa Portugal itu yang meledak 19 gol sepanjang musim ini, meneruskan prestasi cemerlangnya sejak kempen United musim lalu.

Ronaldo disifatkan sebagai seorang daripada pemain terbaik dunia ketika ini yang menyebabkan dua pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona turut mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu.

Bagaimanapun, Gill memberi amaran kepada pihak berminat dan menegaskan tidak kira berapa harga tawaran bakal diletakkan, Red Devils tidak rela berpisah dengan aset bernilainya itu.

“Kami tidak akan menjualnya. Tidak sama sekali, berapa sahaja nilainya,” katanya.

“Dia menandatangani kontrak hingga 2012 dan kami tidak akan menjualnya.

Sir Alex Ferguson tidak akan melepaskan sebarang pemain jika tidak gembira untuk bertindak seperti itu.

“Cristiano begitu gembira di sini. Alex dan Carlos Queiroz (penolong pengurus) mengenalinya. Semua perkara mengenainya berkait rapat dengan Manchester United. Dia seperti George Best, Eric Cantona.

“Anda tidak akan menjual pemain seperti itu dan kami tidak akan menjual pemain sepertinya (Ronaldo),” katanya.

Gill terus membincangkan akaun tahunan United yang menyaksikan keuntungan £60 juta (RM390 juta) dan pulangan keuntungan £245 juta (RM1.5 bilion).

Katanya: “Anda tahu pendapatan dan keuntungan kami melebihi Arsenal. Kami berada pada kedudukan pendahulu dalam dunia sukan dan hasil ini membuktikannya.”

- Agensi


manchesterunited 1/11/2008 10:34:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox