Tuesday, December 23, 2008

United kembali berpijak di bumi nyata


FERGUSON menjulang trofi Kelab Dunia di Yokohama kelmarin. Kini beliau menyedari ada tugas lebih besar selepas ini.

YOKOHAMA: Manchester United memulakan tempoh penerbangan jauh ke England, semalam dalam suasana penuh gembira tetapi ketika sama sedar betapa mereka perlu mengatasi saat keletihan itu menjelang perlawanan penting menentang Stoke City pada 'Boxing Day' (Bungkusan Hadiah) dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Jumaat ini.

Kejayaan menjulang mahkota Kelab Piala Dunia, kelmarin memberikan sebutir lagi koleksi trofi kemenangan yang gagal diraih mereka sebelum ini dan pemain jelas gembira dimahkotakan sebagai juara, tambahan kepada gelaran Eropah dan EPL dimenangi mereka sebelum itu.

Wayne Rooney menjaringkan gol tunggal ketika United menundukkan wakil Ecuador, Liga de Quito 1-0.

Tetapi barisan Alex Ferguson menerima tamparan apabila Nemanja Vidic dibuang padang, bermakna dia terlepas saingan pusingan pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Inter Milan, Februari depan.

Dan kini mereka berdepan realiti � penerbangan pulang yang panjang ke London, dan kemudian ke Manchester sebelum berlepas ke Stoke dengan kesedaran kekalahan, Jumaat ini akan 'menghadirkan bencana' buat United.

Kemenangan Aston Villa 1-0 di gelanggang West Ham kelmarin, mengangkat pasukan itu ke tangga ketiga dengan 34 mata - memintas United yang mengumpul 32 mata tetapi mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

Ferguson berkata, kejayaan Ahad lalu adalah satu suntikan semangat bagi anak buahnya untuk menempuh baki saingan musim ini.

"Ia satu lonjakan untuk kami," katanya.

"Jika bertandang ke Stoke Jumaat ini selepas kekalahan di Jepun pasti sukar tetapi kami menang dan saya rasa ada lonjakan semangat dalam kelab ini. Ia memberikan kami platform untuk mengejar pendahulu lain dalam EPL."

Keletihan membayangi pasukan itu dalam musim sejuk yang padat, yang menyaksikan United juga akan berdepan Middlesbrough selepas tiga hari menentang Stoke.

Ferguson mengakui keletihan memberi kesan terhadap pemainnya di Jepun dan dia sedar akan berdepan masalah yang sama apabila mereka pulang.

"Ramai yang mendapati ia cukup sukar, malah tidur mereka juga terganggu. Harap-harap kami dapat pulih secukupnya untuk mengembalikan kecemerlangan di Stoke," katanya. � AFP


manchesterunited 12/23/2008 10:51:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox