Wednesday, December 3, 2008

Ronaldo diiktiraf jagoan Eropah '08


IMBAS kembali detik gemilang Ronaldo mengucup 'kasut emas' selepas diiktiraf 'Pemain Terbaik Dunia FIFPro' 29 Oktober lalu.


PARIS: Cristiano Ronaldo memenangi Anugerah Bola Emas sebagai Pemain Terbaik Tahunan Eropah, semalam, bagi menjadi pemain Manchester United keempat meraih penghormatan itu dan yang pertama sejak George Best memenanginya pada 1968.

Sentuhan jaringan hebat Ronaldo membantunya mengatasi penyerang Barcelona, Lionel Messi yang menduduki tempat kedua, ketika penyerang Liverpool, Fernando Torres di tempat ketiga daripada keputusan undian yang diumumkan oleh majalah France Football.

"Ia adalah antara hari terhebat dalam hidup saya. Memenangi anugerah ini...saya impikannya sejak kecil lagi. Mereka yang mengenali saya, hidup dengan saya, tahu bahawa ini adalah mimpi yang jadi kenyataan buat saya," katanya.

Ronaldo mendominasi pengundian itu, meraih 446 undi. Messi mendapat 281 undi dan Torres, 179 undi. Ia memberikan Ronaldo dua mata lebih daripada jumlah diraih Kaka ketika memenangi anugerah itu, tahun lalu.

"Saya hanya 23 tahun dan ia menakjubkan. Sukar dipercayai. Ia lebih baik jika mengambil kira nama besar dalam saingan tahun ini. Lionel Messi di tempat kedua dan Torres di tempat ketiga, tetapi juga Xavi (Hernandez, di tempat kelima)."

Ronaldo memuji rakan sepasukan yang membantunya, dan berkata dia berharap untuk memenangi anugerah itu sekali lagi.

"Merekalah yang mengumpan bola kepada saya untuk menjaringkan gol. Apa yang pasti ialah saya mahu memenanginya sekali lagi, ia rasa amat bagus. Jadi (pagi esok), pada jam lapan pagi, saya akan bangun dan memberitahu diri sendiri bahawa saya mahu jadi lebih baik," katanya.

Tahun lalu, Ronaldo menduduki tempat kedua dengan 277 undi, ketika Messi di tempat ketiga dengan 255 undi. Pemenang tahun lalu, Kaka, merosot ke tangga kelapan tahun ini dengan hanya 31 undi.

Ronaldo menjaringkan 42 gol dalam semua kejohanan musim lalu ketika United memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.

Dia menambah anugerah itu kepada trofi Pemain Terbaik Dunia FIFPro yang dimenangi Oktober lalu, serta anugerah daripada Persatuan Pemain-pemain Profesional serta Penulis-penulis Bola Sepak England. - AP


manchesterunited 12/03/2008 08:39:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox