Sunday, December 14, 2008

Ferguson juara yang sukar ditandingi



SELAMAT berjumpa lagi khususnya pengikut setia kolum saya.

Bola sepak England sentiasa menarik untuk dijadikan topik perbualan.
Banyak peristiwa berlaku dan ia sentiasa diikuti oleh peminat di seluruh dunia.

Minggu ini ada satu perkara yang menarik perhatian saya.

Seperti yang kita ketahui, tindakan keluar masuk pengurus kelab bola sepak kini seakan sudah menjadi satu budaya di England.

Tindakan meninggalkan kelab yang mereka bimbing itu banyak berkisar dengan keputusan yang dicatat oleh pasukan mereka dalam setiap perlawanan.

Namun ada seorang pengurus di England yang sehingga kini masih teguh walaupun berdepan pelbagai masalah dan ancaman sepanjang kariernya.

Dia adalah Alex Ferguson yang boleh dianggap sebagai seorang pengurus paling profesional dan berjaya.

Dia telah mencapai kemenangan paling besar sejak bergelar pengurus dengan Manchester United.

Saya boleh katakan bahawa Ferguson adalah seorang juara.

Ketika pertama kali saya menceburi bidang pengurusan yang penuh dengan pelbagai cabaran, saya sentiasa meminta khidmat nasihat daripada Ferguson.

Apabila sudah duduk semeja dengannya, dia akan mencurahkan nasihat yang sangat berguna.

Secara jujurnya dia sentiasa berbicara tentang pemain khususnya tentang soal membeli pemain, meminjam pemain dan juga pemilihan pemain yang sesuai.

Ketika saya menjadi pengurus, saya tidak pernah berpeluang untuk membeli pemain yang sesuai dengan bajet yang begitu terhad untuk dibelanjakan.

Bila menyedari masalah yang saya lalui itu, Ferguson akan memberitahu saya supaya membuka mata dengan melihat pemain mana yang bersedia untuk dipinjamkan.

Itu antara cara paling baik untuk mendapatkan pemain yang kita kehendaki apabila berdepan masalah kewangan.

Pemain yang kita nak pinjam hendaklah bersedia mengharungi apa juga cabaran selain pengalaman yang ada padanya.

Dan Ferguson pula akan memberitahu kamu pemain mana yang sesuai dan boleh dipinjam pada bila-bila masa sesuai.

Itulah kelebihan boss United itu yang tidak pernah lokek dengan idea mahupun khidmat nasihat.

Satu lagi sikap yang sangat terpuji yang ada pada Ferguson ialah dia akan menghubungi kamu balik jika dia tidak sempat untuk menjawab telefon.

Dia tidak pernah menghampakan kamu.

Pun begitu dia tidak akan memberitahu bagaimana cara untuk menguruskan sesebuah pasukan kerana dia berpendapat bahawa setiap individu itu mempunyai cara yang berbeza.

Tetapi kamu akan rasa bangga dengan sikapnya yang sentiasa berterus terang.

Ferguson pula sentiasa bersedia meminjamkan pemainnya kepada saya kerana dia mendapat corak permainan kelab yang saya pimpin satu ketika dulu banyak persamaannya dengan corak yang dia perkenalkan dengan United.

Dia melihat, ia sebagai proses latihan buat pemainnya yang tidak berpeluang mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Ferguson juga merupakan orang yang sentiasa mengetahui apa yang perlu dan tidak perlu dibuat.

Dia juga telah belajar bagaimana mahu berdepan dengan pemain dan juga ego mereka.

Saya boleh katakan bahawa dia adalah seorang yang memiliki kepakaran untuk memberi motivasi kepada pemainnya.

Hari ini pengurus yang berasal dari Scotland itu sentiasa nampak tenang.

Saya juga pernah menemuinya apabila krew kami di ESPN STAR Sports pergi ke England untuk menjalankan penggambaran secara langsung.

Cara dia berdepan dengan pemainnya yang datang dari seluruh pelusok dunia sangat bersahaja.

Dia tidak melayan kerenah pemainnya dengan cara yang sama dan dia juga mempunyai cara tersendiri untuk melayan mereka.

Sejak menjadi pengurus United, pemain terhebat yang berjaya dilamar Ferguson ialah Eric Cantona dari Perancis.

Dia seorang pem ain yang boleh dikatakan bermasalah kerana sering menimbulkan kontroversi.

Ia satu kejayaan buat Ferguson kerana berupaya mengawal sikap seorang pemain yang sentiasa mencetuskan kecoh tetapi tampil sebagai pemain tengah yang hebat.

Oleh itu sehingga ke hari ini saya sentiasa menghormati Ferguson yang tetap teguh sebagai seorang juara.



manchesterunited 12/14/2008 06:54:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox