Saturday, November 1, 2008
United yakin detik kebangkitan sudah bermula

Kembalinya Ronaldo ke tahap aksi memukau minggu ini kuatkan keyakinan Ferguson

MANCHESTER: Reaksi berang Sir Alex Ferguson ekoran kegagalan skuadnya menjaringkan lebih daripada dua gol ke atas West Ham, minggu ini, mungkin perkara terakhir mahu didengar Phil Brown dan skuad Hull City bimbingannya menjelang kunjungan ke Manchester United, hari ini.

Hakikat Hull akan ke Old Trafford dengan dua mata mengatasi juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu adalah bukti permulaan impian kelab berpusat di Yorkshire itu dalam musim pertama di kancah saingan utama.

Tetapi statistik juga menggambarkan permulaan goyah United pada kempen kali ini, selepas hanya menang satu daripada empat aksi awal mereka.

Dengan kekecewaan Ferguson terhadap kegagalan United mencipta aib lebih besar terhadap West Ham jadi gambaran keyakinan kian menebal pengurus itu, peluang Hull nyata lebih malap berbanding situasi kedudukan mereka ketika ini.

Lapan mata memisahkan United daripada pendahulu, Liverpool dan ketika pengurus itu mengakui tidak meramal skuadnya bakal jadi pendahulu dalam tempoh terdekat, dia yakin kebangkitan mereka dalam mengejar gelaran kini sudah pun bermula.

Tidak kecundang dalam 10 aksi semua pertandingan, dengan keputusan seri minggu lalu hanya menjadi penghalang pungutan mata dalam lima aksi terakhir, United tampak akan mengulangi rentetan musim lalu apabila mengatasi permulaan goyah seperti kali ini.

Kembalinya pemain sayap, Cristiano Ronaldo ke tahap aksi memukau pada pertengahan minggu selepas bermula goyah musim ini, menguatkan keyakinan itu dengan prestasinya diakui Ferguson sebagai bukti mampu mengulangi kejayaan menyumbat 42 gol musim lalu.

Dengan pemain tengah berpengaruh, Michael Carrick bakal kembali beraksi, permulaan hebat Hull mampu dicemari buat kali kedua dalam tempoh empat hari.

Kemaraan Hull jadi tumpuan musim ini apabila skuad bimbingan Brown itu turun untuk aksi pertengahan minggu ini bertemu Chelsea selepas empat kemenangan berturut-turut, termasuk kejayaan ke atas Arsenal.

Ia menyaksikan mereka melonjak untuk berkongsi tempat kedua - tetapi skuad itu menerima tamparan apabila Chelsea mudah melakar kemenangan 3-0 dalam pertemuan di Stadium KC, Rabu lalu. - AFP

.


manchesterunited 11/01/2008 03:02:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox