
![]() |
| BALINGAN Delap menjadi senjata utama kepada Stoke untuk mencipta gol. |
United kini bertekad untuk kembali ke landasan yang betul bagi mempertahankan gelaran liga selepas tewas 1-2 di Arsenal minggu lalu.
Begitupun, ancaman berbeza bakal dilalui United ketika berdepan Stoke, terutamanya menerusi kehadiran Delap.
Setakat ini, Delap telah melakukan beberapa balingan ke dalam yang berjaya menyumbang gol dan membantu kemenangan pasukannya termasuk ke atas Arsenal bulan lalu.
Stoke telah mengutip 10 daripada keseluruhan 15 mata termasuk kemenangan ke atas Arsenal dan Tottenham Hotspur untuk menghuni tempat ke-12.
Kapten Stoke, Andy Griffin telah meletakkan harapan kepada kepakaran pemain tengah Ireland itu untuk menewaskan pasukan lawan.
"Sebagai sebuah kelab, kami perlu mementingkan diri sendiri, kami perlu selamat dalam kempen Liga Perdana, tidak peduli apa yang orang lain kata," kata bekas pemain Derby County ini.
"Cara permainan bola sepak kami telah memberikan kami keputusan positif, kami tidak berada dalam liga ini untuk cuba dan memuji orang lain tetapi mahu mengekalkan Stoke dalam liga ini.
"Kami rasa jika kami boleh menewaskan Arsenal, suatu hari nanti kami juga boleh menewaskan United."
United menduduki tempat keempat selepas ketinggalan dua mata di belakang Arsenal dan enam mata masing-masing di belakang Chelsea serta Liverpool.
Begitupun United masih memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding ketiga-tiga pencabarnya itu. - Reuters
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |