
MANCHESTER, England - Manchester United sedia menghadapi tentangan jirannya yang sedang meningkat naik, Manchester City apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Perdana England, esok.
Perlawanan itu menjadi tumpuan minggu ini berikutan kebangkitan menarik yang ditunjukkan City sejak kebelakangan ini manakala United pula berada pada prestasi tidak menentu.
Namun, pengurus United, Alex Ferguson pantas menepis tanggapan pasukannya bakal menjadi mangsa kebangkitan City sejak diambil alih oleh ahli perniagaan daripada Abu Dhabi.
"Kami berpengalaman menghadapi situasi ini ketika Chelsea diambil-alih (Roman) Abramovich dulu dan mereka hanya mampu muncul juara liga dua tahun selepas itu.
"Dalam kes City ini, ia hanya impak segera dan apa yang boleh kami lakukan ialah terima apa sahaja tentangan yang bakal mereka berikan.
"City bagaimanapun saya akui memiliki barisan lebih baik kali ini dan kami perlu melakukan sesuatu yang lebih baik untuk menang," kata Ferguson.
City yang mendapat khidmat Robinho kini masih di tangga ke-11 liga tetapi pasukan bimbingan bekas penyerang United, Mark Hughes tampak semakin hebat sejak kebelakangan ini.
Namun, Ferguson tidak menghiraukan itu semua sebaliknya tumpuan beliau lebih kepada untuk mengejar kedudukan Chelsea dan Liverpool dalam memburu kejuaraan hatrik liga musim ini.
"Mark Hughes baru dapat banyak wang untuk beli pemain Januari nanti tetapi ancaman kami ketika ini lebih kepada Chelsea dan Liverpool," tegasnya.
Chelsea dan Liverpool kini mengumpul 33 mata sama untuk menguasai dua tangga teratas liga manakala United ketiga dengan ketinggalan lapan mata.
- Reuters
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |