Saturday, November 8, 2008
Ronaldo tekad tambah sengsara skuad The Gunners

LONDON - Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo berjanji menambah derita Arsenal, sekali gus menafikan hajat skuad The Gunners itu muncul juara Liga Perdana England musim ini.

Jelas Ronaldo, United harus memanfaatkan segala kelebihan yang ada ekoran prestasi merudum yang melanda Arsenal ketika ini.

Arsenal gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir dan kekalahan kepada United menyaksikan peluang mereka menjuarai liga musim ini amat tipis.

Kini Ronaldo berharap United dapat meraih kemenangan sulung mereka di Stadium Emirates hari ini.

"Kami mahu memenangi gelaran liga, sudah pasti kami mahu mendapatkan tiga mata dalam perlawanan ini.

"Saya tidak tahu jika ia sukar untuk mereka (Arsenal) buat masa ini tetapi mereka masih mempunyai 11 pemain seperti mana kami dan saya tahu ia akan menjadi perlawanan yang lebih sukar.

"Bagaimanapun kami memiliki semangat yang tinggi dan sebuah pasukan yang hebat," kata perancang Portugal itu.

Arsenal kini dibelenggu dengan masalah kecederaan yang membabitkan beberapa pemain selepas pertemuan Liga Juara-Juara menentang Fenerbahce Rabu lalu.

Lebih perit, The Gunners akan beraksi hari ini tanpa kelibat Emmanuel Adebayor dan Robin van Persie yang digantung perlawanan manakala Theo Walcott masih dalam keraguan kerana mengalami kecederaan bahu.

"Ia adalah sebuah stadium baru dan ia mungkin disebabkan rekod kita tidak berapa baik berbanding di Highbury.

"Tetapi jangan lupa Arsenal mempunyai pemain yang berbakat.

"Kami menghormati mereka dan perlu diakui memang agak sukar untuk memenangi perlawanan ini.

"Mungkin musim ini agak berbeza. Mereka gagal meraih mata pada awal musim dan kemudian memenangi perlawanan pada penghujung musim. Hakikat ini perlu diterima namun, kami tetap mahu menang," tambah Ronaldo. - Agensi


manchesterunited 11/08/2008 09:27:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox