Saturday, November 8, 2008
Penentuan juara EPL?

LONDON - Arsene Wenger menyatakan pertembungan Arsenal dan Manchester United adalah salah satu daripada kemuncak persaingan bagi empat pasukan gergasi England serta menjadi penentu kepada pemenang Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Kenyataan tersebut merupakan sokongan kepada statistik yang menyaksikan United sekadar mengumpul 13 mata daripada jumlah 18 mata yang seharusnya dikumpul oleh pasukan itu daripada pertemuan dengan Liverpool, Chelsea dan Gunners musim lalu.

Persaingan efektif musim lalu telah menyaksikan trofi Liga Perdana England terus berada di Old Trafford.

Ketika mana pasukan bimbingan Wenger telah mengalami kekalahan sebanyak tiga kali musim ini dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga Chelsea, Arsenal dilihat bersemangat untuk mempamerkan aksi terbaik hari ini.

Di sebalik prestasi yang kurang meyakinkan oleh Arsenal musim ini, pemain paling berpengalaman United, Ryan Giggs yakin Gunners akan terus menjadi ancaman, meskipun United tiba di Emirates dengan kelebihan tiga mata atau sebaliknya.

"Apabila kamu melihat kepada kualiti yang dimiliki oleh Arsenal, saya tidak fikir kami boleh menamatkan harapan mereka untuk merangkul kejuaraan liga menerusi perlawanan hari ini," kata pemain Wales itu.

Giggs secara hakikatnya telah menempah tempat untuk United beraksi dalam 16 pasukan terbaik di persaingan Liga Juara-Juara menerusi gol penyamaan minit-minit akhir menentang Celtic, Rabu lalu.

Pemain sayap United itu menyedari bahawa Arsenal kini dihimpit dengan masalah kecederaan dan pemain menjalani penggantungan perlawanan, yang mana penyerang Gunners, Emmanuel Adebayor serta Robin van Persie diketepikan daripada pertemuan hari ini.

Selain itu, kehadiran Theo Walcott pada perlawanan tersebut juga masih menjadi tanda tanya.

"Arsenal tidak dapat menggunakan khidmat beberapa orang pemain utamanya ketika ini. Jika keempat-empat pasukan teratas liga dapat menggunakan pemain utamanya, mereka berupaya untuk menjadi juara liga.

"Dua perkara tersebut sering menjadi penghalang kepada usaha setiap pasukan mencipta kemenangan. Saya menjangka semua pasukan mengalami perkara tersebut pada penghujung musim. Kami juga akan kehilangan prestasi meyakinkan dan tidak mampu untuk memperoleh keputusan yang diinginkan," tegas Giggs.

Tidak ada pasukan daripada empat kedudukan terbaik Liga Perdana England yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Rekod tanpa kalah Liverpool di peringkat liga pada awal musim telah dimusnahkan oleh Tottenham minggu lalu, manakala Chelsea ditumbangkan oleh Roma, baru-baru ini dalam pertemuan Liga Juara-Juara.

Sementara itu, anak didik Luiz Felipe Scolari akan berusaha mencipta kemenangan ke atas Blackburn esok, yang mana kritikan masih dilemparkan terhadap pemain pertahanannya, John Terry.

Terry berharap kekalahan Chelsea kepada Roma akan meningkatkan lagi prestasi pasukan itu.

Ketua pasukan Blues itu mendakwa pemain-pemain Chelsea kekurangan asakan melawan dan keinginan untuk menumpaskan kelab Itali tersebut.

"Kami tidak tenang tapi kami lebih bagus daripada mereka. Secara jelasnya, kami tidak seperti itu. Kami juga terlupa dengan permainan pantas yang mereka miliki," kata Terry.

- AFP



manchesterunited 11/08/2008 09:30:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox