Monday, November 17, 2008

Kebangkitan Ronaldo


RONALDO (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan di Old Trafford semalam.



MANCHESTER - Alex Ferguson yakin Cristiano Ronaldo telah kembali pada prestasi terbaik selepas pemain sayap Portugal itu membantu Manchester United mencatat kemenangan 5-0 ke atas Stoke City di Old Trafford kelmarin.

Ronaldo menjaringkan gol pertama United pada minit ketiga untuk juara bertahan Liga Perdana England itu mendahului, sebelum dia menambah gol kedua pada minit ke-89.

Selain Ronaldo, Michael Carrick, Dimitar Berbatov dan pemain muda Danny Welbeck turut meletakkan nama mereka sebagai penjaring pada perlawanan kelmarin.

Namun, Ferguson menganggap perlawanan itu sebagai petanda kebangkitan semula Ronaldo yang telah menjaringkan sembilan gol musim ini selepas bermula hambar pada awal musim berikutan pembedahan pergelangan kaki.

"Menakjubkan, dia sudah kembali dan berlaku pada tepat masanya," kata Ferguson.

"Kepantasannya sudah kembali. Dia mengambil masa tetapi setiap perlawanan dia semakin baik.

"Kepantasannya sungguh menakjubkan dan dia menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma. Kami telah lama menunggu perkara itu berlaku. Kami menyaksikan kekuatan sebenarnya.

Sementara itu Welbeck yang akan mencapai usia 18 tahun dua minggu lagi, dianggap sebagai wira baru dalam perlawanan itu.

"Menjaringkan gol pada penampilan pertama, dia akan mengingati sepanjang hayatnya," kata Ferguson.

"Saya fikir dia sudah mencapai tahap dan bijak, jadi kami tidak tidak ada masalah untuk terus memberinya peluang beraksi." - AFP

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ronaldo gegar gol 'abad' untuk MU


TONGGAK Manchester United, Cristiano Ronaldo meletakkan bola sebelum meledak ke jaring Stoke City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, kelmarin. United menang 5-0 dan Ronaldo menyumbat dua gol.

MANCHESTER (England): Dengan reputasi selaku pakar sepakan percuma, Cristiano Ronaldo kini menjadi pemain terbaru Manchester United menjaringkan 100 gol, kelmarin.

Dengan kelibat garang ketika membantu pasukan membelasah Stoke City 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, dia kini sudah menjaringkan gol ke-101 dengan satu lagi jaringan menerusi sepakan percuma.

"Ia adalah pencapaian hebat, ia adalah hebat untuk menjaringkan 101 gol buat kelab ini. Saya berasa bangga, sangat hebat dan gembira.

"Ini adalah musim keenam saya bersama kelab dan saya berasa amat bangga untuk mendapat 101 gol, " kata Ronaldo.

Pemain sayap itu mengambil masa tiga minit untuk mengejutkan Stoke, menerusi sepakan percuma dari sebelah kiri yang menewaskan penjaga gol, Thomas Sorensen dan ia mirip jaringan pertamanya selepas menyertai United dari Sporting Lisbon pada 2003 ketika menewaskan Portsmouth.

Kelmarin, Ronaldo menjaringkan gol keduanya pada minit ke-89, untuk melencongkan bola menewaskan Sorensen. Selama baki 86 minit, Ronaldo gagal menemui sasaran dan kerap diejek penyokong pelawat.

Namun, Ronaldo enggan ditenggelamkan dengan kemunculan pertama pemain berusia 17 tahun, Danny Welbeck yang melakukan rembatan dari jarak 25 meter pada minit ke-84 untuk jaringan keempat United.

"Saya berasa sangat gembira buatnya, dia seorang budak muda, bakat baru dan dia menjaringkan gol menakjubkan tetapi tidak sebaik saya, " kata Ronaldo.

Ronaldo terlepas aksi bulan pertama musim ini ketika sedang dalam pemulihan daripada kecederaan buku lali, tetapi pergelutan lebih besar ialah hubungan dengan penyokong United selepas pindahan ke Real Madrid dihalang pengurus, Alex Ferguson.

"Dia sudah pulih daripada pembedahannya dan kini lebih pantas setiap permainan. Tahap kecergasannya menakjubkan, " kata Ferguson. � AP



manchesterunited 11/17/2008 08:23:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox