
![]() |
| HEINZE tidak pernah buat keputusan tinggalkan United. |
Pemain kebangsaan Argentina itu meninggalkan Old Trafford pada Ogos 2007 dan kelmarin dia meluahkan perasaannya itu selepas Ferguson mengkritik hasrat Real yang mahu memancing Ronaldo baru-baru ini.
“Saya sedih apabila mendengar dia (Ferguson) berkata begitu,” kata Heinze.
“Saya tidak tahu sama ada ia benar atau tidak, tetapi pastinya ia sesuatu yang memalukan apabila seseorang yang berpengalaman seperti Ferguson boleh mengatakan perkara bodoh seperti itu.
“Jika ia keluar daripada mulut pemain atau peminat, mungkin saya boleh menerimanya, tetapi bagi seseorang yang mempunyai pengalaman sepertinya yang membuat kenyataan tersebut, ia bukan satu perkara normal.”
Heinze juga menegaskan bahawa bukan dia yang membuat keputusan untuk meninggalkan Old Trafford.
“Ferguson amat dihormati diluar dan dalam padang. Jadi kenyataannya itu amat mengecewakan.
“Tapi hakikatnya sudah terbukti. Dia mahu saya pergi dan kini dia mahu saya semula?
“Saya tidak peduli tentang apa orang lain katakan. Saya lebih hargai apa yang rakan sepasukan saya di sini katakan.”
Baru-baru ini Ferguson memberi kenyataan kepada sebuah majalah dengan mengatakan: “Saya tahu apa niat mereka. Apabila kami menjual Heinze kepada Real, kami tahu ia berkaitan dengan Ronaldo kerana dia rapat dengan Heinze.
“Saya tidak percaya mereka memang mahukan Heinze biarpun dia seorang pemain yang bagus. Sasaran mereka adalah untuk mendapatkan Ronaldo.” – Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |