
LONDON - Kebimbangan kini mula menghantui pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) selepas anak buahnya tewas kepada musuh tradisi, Arsenal 1-2 pada aksi Liga Perdana England kelmarin. Kekalahan itu adalah kekalahan kedua buat United kepada pasukan pencabar selepas mereka turut dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Liverpool di Anfield awal musim ini.
![]() |
| |
Selain itu, Ferguson juga keciciran dua mata ketika anak buah seri 1-1 dengan Chelsea di Stamford Bridge bulan lalu, sekali gus menyukar peluang mereka untuk meraih gelaran liga ketiga berturut-turut musim ini.
Begitupun, pengendali dari Scotlans itu mengakui, kekalahan kepada Arsenal kelmarin adalah disebabkan ketumpulan pada bahagian jentera serangan pasukannya.
Pada aksi di Stadium Emirates kelmarin, trio United, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov masing-masing gagal menggunakan peluang untuk mencipta sebarang gol buat pasukan pelawat.
Gol saguhati yang diperoleh United kelmarin hanya hadir menerusi pemain pertahanan, Rafael Da Silva selepas Samir Nasri meledak dua gol untuk membolehkan Arsenal mengutip tiga mata penuh.
"Jumlah peluang yang kami peroleh sangat luar biasa," jelas Ferguson.
"Tetapi ini adalah bola sepak kerana apabila pasukan lawan menyerang, kami juga menyerang.
"Begitupun, mereka berjaya memperoleh gol dan saya rasa, kami juga seharusnya mendapat sepakan penalti apabila bola terkena tangan Gael Clichy pada babak pertama.
"Saya rasa, kami beraksi dengan baik, tetapi telah melepaskan dua gol awal yang jelas memberi kesukaran kepada kami."
Dengan kekalahan itu, United kini hanya mengumpul 21 mata daripada 11 perlawanan dan ketinggalan lima mata di belakang Liverpool selaku pendahulu. - Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |