Wednesday, November 5, 2008
Celtic perit

GLASGOW: Manchester United mampu menempah tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selain menutup mulut pengkritik dengan kemenangan ke atas Celtic, awal pagi esok.

Anak buah Alex Ferguson itu berada dalam keadaan selesa apabila menewaskan pasukan juara Scotland itu 3-0 di Old Trafford bulan lalu.

Namun, pasukan Celtic yang hadir pada perlawanan yang mereka perlu menang bagi menghidupkan peluang dalam pertandingan mendapat lonjakan daripada memori perlawanan kompetitif terakhir United di Parkhead.

Dalam perlawanan itu, sepakan percuma yang menjadi identiti Shunsuke Nakamura cukup untuk memberikan Celtic kemenangan 1-0, begitupun bintang Jepun itu perlu berkongsi pujian itu bersama dengan penjaga gawang, Artur Boruc, yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti pada minit terakhir daripada Louis Saha.

Jurulatih Celtic, Gordon Strachan sedar akan peluang pasukannya menentang lawan yang secara jelasnya bertambah kuat sejak Nakamura mempamerkan kehebatannya dengan menjaringkan gol kemenangan dua tahun lalu.

Namun bekas pemain tengah United mengambil iktibar daripada kejadian sebelum ini bahawa bilangan pemain yang ramai di bawah kendalian bekas pengurusnya Sir Alex Ferguson, menyebabkan mereka berasa selesa hingga menjejaskan permainan mereka.

Kes itu jelas kelihatan pada perlawanan Sabtu lalu apabila jurang gol terhadap Hull 4-1 merosot hingga hanya mempunyai kelebihan satu gol, menyebabkan United terpinga-pinga pada akhir perlawanan itu.

“Kami mendapat amaran Sabtu lalu,” jelas penjaga gol Edwin van der Sar. “Kami perlu memastikan kami mampu meranapkan impian pasukan lawan.

“Kami tidak harus berhenti separuh jalan iaitu pada separuh masa kedua dan mula berfikir mengenai perlawanan seterusnya.

“Anda perlu memikirkan satu perlawanan pada satu masa, menang dengan penuh keyakinan dan kemudian melangkah ke perlawanan seterusnya.”

Pemain Belanda itu berkata: “Untuk penjaga gol dan pemain, anda tidak boleh mensia-siakan tiga gol.

“Sudah pasti anda mahukan kemenangan tapi 1-0, 2-0, 3-0. Apabila anda berada di kedudukan 4-1, kami tidak boleh menjangkakan pasukan lawan mampu menjaringkan dua lagi gol.”

Ferguson sudah membayangkan bahawa van der Sar akan direhatkan dalam kunjungan ke Glasgow dengan pemain England, Ben Foster dipilih membuat penampilan pertama dalam pertandingan selepas pulih daripada kecederaan yang dialami sejak 18 bulan lalu. - AFP


manchesterunited 11/05/2008 10:16:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox