Tuesday, November 11, 2008

Anderson permata baru United


ANDERSON bakal ketuai jentera tengah United pada pertemuan menentang QPR awal pagi ini.




MANCHESTER, England - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin Anderson mampu menjadi pemain tengah berstatus legenda di Old Trafford.

Awal pagi ini, Ferguson akan mempertaruhkan pemain muda Brazil itu pada aksi pusingan keempat Piala Liga menentang Queen's Park Rangers (QPR).

Ketika Ferguson lebih cenderung merehatkan beberapa bintang utamanya, Anderson dijangka memainkan peranan utama mengemudi jentera tengah United.

Selain Anderson, Ferguson juga dijangka menurunkan pemain muda sedang meningkat naik iaitu Jonny Evans, Rodrigo Possebon, Darron Gibson dan Danny Welbeck.

Begitupun Ferguson mengakui, Anderson adalah pemain yang mendapat lebih kepercayaan berbanding pemain muda lain yang dimilikinya.

"Anderson adalah seorang pemain yang mempunyai perwatakan yang berbeza berbanding Roy Keane, tetapi apabila kamu lihat posisi tengah, kami hanya memiliki Paul Scholes yang akan menamatkan kariernya.

"Roy Keane telah meninggalkan kami untuk mencuba nasib menjadi pengurus. Jadi siapa seterusnya yang akan berfungsi untuk Manchester United?

"Kemudiannya pemain berusia 19 tahun itu datang (Anderson) dan kamu dapat lihat tahap persembahannya," jelas Ferguson.

Ferguson menambah, Anderson, 20, yang dibeli dengan harga 19 juta pound (RM106 juta) dari Porto 18 bulan lalu mampu menjadi bintang baru United suatu hari nanti.

"Corak permainan kami telah bertukar sejak beberapa tahun yang lalu. Kami memiliki pemain yang mempunyai perwatakan yang berbeza berbanding 10 tahun lalu.

"Pada hari pertama saya di kelab ini, mereka mengatakan bahawa Bryan Robson adalah terbaik. Saya mula mempercayainya kerana kami tidak boleh menang tanpanya.

"Kami perlu menukar mentaliti itu. Kini Anderson hadir bagi mengisi kekosongan di bahagian tengah," kata Ferguson.

- AFP



manchesterunited 11/11/2008 08:28:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox