Saturday, October 18, 2008

United harap sentuhan hebat Rooney berterusan


Wayne Rooney

LONDON: Manchester United berharap mengaut untung daripada sentuhan jaringan berbisa Wayne Rooney untuk England ketika berusaha menutup jurang dengan pendahulu awal Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dan Liverpool, hujung minggu ini.

Dua gol sumbangan Rooney ketika menewaskan Belarus 3-1 dalam kelayakan Piala Dunia, Rabu lalu menjadikannya lima gol daripada tiga aksi antarabangsa dan penyerang United itu juga menemui sentuhan sama dalam tiga aksi terakhir untuk kelabnya.

Semuanya pasti tambah membimbangkan West Brom, yang akan ke Old Trafford, hari ini.

Selepas dihimpit kemarau pada awal musim, Rooney gembira dengan peralihan prestasinya di depan gawang lawan.

“Saya berusaha keras mempertajamkan sentuhan penyudah dan ia mula membuahkan hasil, membuatkan saya begitu gembira,” kata penyerang berusia 23 tahun itu.

“Saya percaya akan tetap menjaringkan gol dalam mana-mana perlawanan sekalipun. Saya seorang yang yakin dan saya gembira ia menjadi ketika ini. Harap-harap saya dapat meneruskannya.”

United turun hari ini dengan enam mata mengekori pendahulu tetapi beraksi kurang satu perlawanan berbanding dua pencabar utama yang kini dibelenggu masalah kecederaan serius.

Liverpool pasti hilang khidmat Fernando Torres dan Ryan Babel ketika ke Wigan ekoran kecederaan dialami ketika membantu pasukan negara masing-masing dalam kelayakan Piala Dunia,, Rabu lalu. - AFP



manchesterunited 10/18/2008 11:05:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox