
![]() |
| TEVEZ gagal mendapat tempat dalam skuad utama United musim ini. |
Begitupun, Joorabchian menjelaskan bahawa Tevez masih boleh kekal bersama United seandainya juara Liga Perdana England itu menyegerakan urusan untuk memberikan kontrak tetap kepada bintang Argentina itu sekurang-kurangnya pada Disember ini.
Sebelum ini, pihak lembaga United mengesahkan bahawa Tevez yang dipinjamkan ke kelab itu musim lalu bakal memperoleh kontrak tetap di Old Trafford.
Bagi pengurus Red Devils, Alex Ferguson pula, dia menegaskan bahawa perjanjian tersebut tidak boleh dilaksanakan sehingga berakhirnya kempen musim ini yang dijadualkan akan berakhir pada pertengahan tahun depan.
Namun, Joorabchian yang bertanggungjawab untuk membawa Tevez ke England tidak bersedia untuk menangguhkan perjanjian itu, sambil mengesahkan bakal membawa pemain itu ke Real Madrid, Inter Milan ataupun ke kelab Manchester City.
"Kami tidak boleh menunggu lagi kerana kami bimbang nilai Tevez di pasaran perpindahan pemain akan jatuh," jelas Joorabchian.
"Situasi ini tidak mustahil untuk berlaku jika Tevez gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama United."
Setakat ini, Tevez, 24, hanya beraksi dalam satu perlawanan daripada tujuh perlawanan terakhir sejak kehadiran pemain antarabangsa Bulgaria, Dimitar Berbatov ke Old Trafford awal musim ini. - Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |