Monday, October 20, 2008

Rooney makin matang


ROONEY jadi inspirasi kepada kemenangan United ke atas West Bromwich kelmarin.


MANCHESTER, England - Alex Ferguson mengingatkan pencabar Manchester United bahawa Wayne Rooney akan mempamerkan lebih banyak aksi hebat selepas ini.

Kelmarin, penyerang antarabangsa England itu meneruskan sentuhan jaringan ketika membantu United mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas West Bromwich Albion di Old Trafford.

Rooney menjaringkan satu gol selain membantu Cristiano Ronaldo dan Nani meledak gol. Turut mencipta nama selaku penjaring ialah Dimitar Berbatov, iaitu gol pertamanya dalam kempen liga musim ini.

"Dia (Ronney) baru berusia 23 tahun dan kamu menjangkakan pemain-pemain akan meningkat," kata Ferguson yang membantu United muncul juara liga dan Liga Juara-Juara musim lalu.

"Ia adalah satu proses biasa, seperti ketika Ronaldo masih remaja.

"Dia mempunyai bakat semula jadi yang menarik dan sebagai pemain yang semakin meningkat usia, mereka belajar untuk membuat lebih banyak keputusan, permainan mereka lebih baik apabila mereka memperoleh banyak pengalaman.

"Saya fikir kami akan melihat pemain yang meningkat sepertinya dalam kelab ini setiap masa."

Setakat ini Rooney sudah menjaringkan lapan gol untuk kelab dan pasukan kebangsaan negara itu daripada enam perlawanan terakhir dan Ferguson yakin dia akan melihat aksi yang lebih konsisten daripada penyerang itu sebaik sahaja dia matang.

"Wayne mahu diberi tumpuan dan sudah tentu itu adalah petanda kematangannya," tambah Ferguson.

"Apabila semakin dewasa, jaringan yang dilakukannya akan menjadikan kami lebih baik, ia adalah perkara biasa yang akan berlaku.

"Tetapi buat masa ini, apabila dia menjadi sebahagian daripada kejayaan ini, dia sungguh menakjubkan. Dia masih muda, jadi dia diuji tetapi dia akan kembali sekali lagi."

Rooney tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila dia dan United, mempersiapkan diri bagi 'Battle of Britain' yang ditunggu-tunggu apabila juara England itu melayan kunjungan juara Scotland, Glasgow Celtic, di Old Trafford, esok.

"Barangkali, saya sedang bermain bola sepak yang terbaik dalam kerjaya saya," kata Rooney.

"Saya betul-betul menikmatinya pada ketika ini dan saya berasa cergas. Pasukan ini membantu saya dengan segala-gala yang saya lakukan. Diharapkan ia akan berterusan untuk saya membantu pasukan ini menjuarai lebih banyak trofi.

"Semua orang akan memberitahu saya bekerja keras dalam latihan dan perlawanan. Saya mahu belajar dan mendengar kepada orang berbeza di kelab ini dan menjadi lebih baik. Jika saya berterusan seperti ini, saya akan menjadi gembira." -AFP



manchesterunited 10/20/2008 04:37:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox