Tuesday, October 28, 2008

Ronaldo raih anugerah FIFPro


RONALDO jadi pilihan ramai untuk merangkul anugerah FIFPro.

HOOFDDORP, Belanda – Pemain sayap Manchester United, Cristiano Ronaldo telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia Kesatuan Pemain-Pemain Profesional (FIFPro) semalam.

FIFPro yang mempunyai 57,500 ahli telah memilih pemain antarabangsa Portugal itu yang menjaringkan 42 gol musim lalu untuk membantu United memenangi gelaran berganda, Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara sebagai pemenang.

“Untuk dihargai oleh rakan bola sepak profesional dari seluruh dunia yang mempunyai keahlian lebih daripada 50,000 orang adalah sesuatu yang menakjubkan,” kata Ronaldo.

Selain itu, Ronaldo juga dianggap sebagai calon terbaik untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia dan Eropah yang dianjurkan oleh majalah Perancis, France Football.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih serta semua orang yang terbabit di United dan pasukan kebangsaan, selain keluarga, rakan-rakan di atas sokongan mereka,” kata Ronaldo.

“Terima kasih juga kepada FIFPro untuk anugerah ini dan kerja keras kamu dalam melindungi minat dan kebajikan pemain dari seluruh dunia.”



Selain itu, lima pemain Sepanyol yang membantu pasukan kebangsaan negara itu memenangi trofi Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 Jun lalu telah dipilih untuk memenangi Anugerah Sebelas Pemain Pilihan Dunia (World XI Players).

Daripada lima pemain ini, empat pemain bermain dalam saingan Liga Sepanyol manakala seorang lagi beraksi dalam kempen Liga Perdana England.

Kelima-lima pemain itu adalah penjaga gol dan pemain pertahanan Real Madrid, Iker Casillas serta Sergio Ramos, pemain pertahanan dan tengah Barcelona, Carles Puyol serta Xavi Fernandez serta penyerang Liverpool, Fernando Torres.

Penyerang Barcelona dari Argentina, Lionel Messi juga berada dalam pasukan itu dan Rio Ferdinand serta Cristiano Ronaldo mewakili juara Liga Juara-Juara, Manchester United.

Liverpool juga mempunyai seorang lagi wakil iaitu Steven Gerrard yang turut dipilih bersama-sama John Terry dari Chelsea dan bintang AC Milan, Kaka. – AP



manchesterunited 10/28/2008 08:39:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox