Friday, October 31, 2008

Kewibawaan Ronaldo dicabar


RONALDO jadi taruhan terbaik Ferguson musim ini.

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mencabar Cristiano Ronaldo untuk mengulangi prestasi hebat selepas meledak lebih 40 gol sepanjang musim lalu.

Ronaldo melebarkan rekod jaringan kepada lima gol musim ini hasil kecemerlangannya dalam babak pertama ketika membantu United menang selesa, 2-0 ke atas West Ham di Old Trafford, kelmarin.

Pemain sayap antarabangsa Portugal itu menjaringkan gol pada minit ke-14 dan m-29, sekali gus mengundang Ferguson menyokongnya untuk terus menggegarkan gawang lawan ketika United memburu tambahan koleksi juara musim ini.

Ronaldo meledak 42 gol musim lalu untuk menamatkan kempen selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Ferguson tidak nampak sebarang alasan mengapa dia tidak mampu mengulangi pencapaian itu.

Pengurus United itu berkata: “Cristiano sudah mencapai tahap itu (prestasi terbaiknya) tanpa ragu-ragu lagi. Dia banyak terlepas program pramusim, tapi kini dia kembali menyinar hanya dengan beraksi dalam beberapa perlawanan dan mencatat peningkatan setiap masa.

“Dia sudah menjaringkan lima gol musim ini dan mampu mencapai antara 25 hingga 42 gol. Dia boleh melakukannya. Malah, saya tidak hairan jika dia mampu mencapai jumlah 42 gol itu sekali lagi.

“Dia begitu mengancam ketika berada dalam kotak penalti dan saya fikir, dia menjaringkan semua golnya dengan cantik.”

Sekalipun menghamburkan pujian kepada Ronaldo dan Dimitar Berbatov, Ferguson sekali lagi mengesahkan kepada Carlos Tevez bahawa dia tetap mempunyai peranan besar untuk dimainkan dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah.

Tevez membarisi kesebelasan utama buat pertama kali dalam tempoh sebulan ketika menang ke atas skuad Hammers dan kini khabar angin bertiup kencang mengatakan pemain antarabangsa Argentina itu tidak gembira dengan situasi terbabit.

Tapi, Ferguson sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan penyerang itu dan memaklumkan kepada Tevez bahawa dia masih memainkan peranan penting dalam perancangan pasukan.

Ferguson berkata: “Carlos kekal sebagai pemain penting kepada kami seperti mana pemain lain yang menjadi tajuk utama akhbar sejak kebelakangan ini.

“Saya berbincang dengannya hujung minggu lalu untuk memaklumkan bahawa kepercayaan kami terhadapnya amat tinggi dan dia tetap kekal sebagai pemain utama pada mata saya, pemain lain dan penyokong United.

“Ia hanya sekadar kami mempunyai tiga pemain yang tidak boleh mengisi dua posisi dan sudah menjadi tugas saya untuk mengimbangi pasukan” katanya. - AFP


manchesterunited 10/31/2008 08:36:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox