
RONALDO (kanan) masih belum menemui aksi memukau yang menyaksikannya menyumbat 42 gol untuk membantu United meraih gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris, musim lalu. |
Saya hanya mahu terus buktikan saya pemain bagus
MANCHESTER: Cristiano Ronaldo bertegas dia tidak harus dinilai semata-mata dengan jumlah gol dijaringkannya ketika Manchester United bersiap untuk melayan kunjungan West Ham di Old Trafford.
Pembedahan pergelangan kaki sebelum bermulanya musim kali ini bermakna Ronaldo masih belum menemui aksi memukau yang menyaksikannya menyumbat 42 gol untuk membantu United meraih gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris, musim lalu.
Pemain sayap berusia 23 tahun itu sudah berjaya menjaringkan tiga gol sejak kembali ke medan aksi, pertengahan September lalu.
Tetapi ketika dia mengalu-alukan ulangan kepada pencapaian musim lalu, Ronaldo bertegas sumbangannya tidak harus diukur hanya dengan berapa kali dia meletakkan bola ke dalam jaring gol lawan.
"Saya pemain yang bercita-cita besar. Saya cuba meningkat setiap musim. Saya tahu musim lalu memang menakjubkan. Saya beraksi bagus. Saya menyumbat banyak gol dan kami menang gelaran utama.
"Kemungkinan melakukannya musim ini memang ada. Tetapi keutamaan saya bukan hanya menjaringkan gol. Saya tidak perlu melakukannya. Saya hanya perlu beraksi baik untuk pasukan.
"Saya mahu melakukan seperti musim lalu. Saya tidak perlu buktikan diri kepada sesiapapun. Saya hanya mahu terus membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya adalah pemain yang bagus," katanya.
Di sebalik hasratnya untuk berhijrah ke Real Madrid dinafikan, Ronaldo tetap menegaskan bahawa sesiapa yang mendakwa 'bahasa badan' menunjukkan dia tidak gembira sebagai salah.
"Jika saya senyum, ianya kerana saya mahu tersenyum. Jika tidak, ianya kerana saya tidak. Orang ramai sentiasa menulis macam-macam perkara mengenai saya.
"Terpulang kepada mereka; Bagi saya, ia bukan masalah. Saya akan hanya cuba beraksi baik dan melakukan yang terbaik. Saya hanya fokus untuk menghasilkan aksi bola sepak yang bagus." - AFP
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |