

MANCHESTER, England - Cristiano Ronaldo menegaskan jumlah gol yang telah dijaringkannya musim ini tidak boleh dijadikan ukuran ketika Manchester United bersiap sedia untuk menghadapi West Ham United di Old Trafford hari ini. Pemain sayap Portugal itu masih belum berada pada prestasi sebenar selepas menjalani pembedahan pergelangan kaki sebelum aksi musim ini bermula.
Musim lalu dia berjaya menjaringkan 42 gol untuk membantu United memenangi gelaran berganda iaitu Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.
Tetapi Ronaldo, 23, hanya mampu menjaringkan tiga gol sejak kembali beraksi pada pertengahan September lalu.
Ketika dia teruja untuk mengulangi pencapaian tahun lalu, Ronaldo berkata bahawa sumbangannya tidak boleh dinilai dengan jumlah gol yang telah dijaringkannya.
"Saya adalah seorang pemain yang bercita-cita tinggi. Saya cuba untuk memperbaiki persembahan setiap musim. Saya sedar tahun lalu adalah menakjubkan. Saya bermain dengan baik dan saya menjaringkan banyak gol serta memenangi beberapa trofi utama," kata Ronaldo.
"Ada kemungkinan ia berlaku musim ini. Tetapi keutamaan saya tidak hanya menjaringkan gol. Saya tidak perlu melakukannya. Saya cuma perlu bermain dengan baik untuk pasukan.
"Saya mahu melakukan perkara sama seperti musim lalu. Saya tidak perlu untuk membuktikan sesuatu kepada semua orang. Saya cuma mahu membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya adalah seorang pemain yang hebat."
Meskipun menolak perpindahan ke Real Madrid pada pra-musim lalu, Ronaldo tetap menjadi sasaran sesetengah pihak yang mendakwa dia tidak gembira berada di United.
"Jika saya tersenyum, ia kerana saya tersenyum dan begitu juga sebaliknya. Orang ramai seringkali menulis perkara sebaliknya mengenai saya.
"Terpulanglah kepada mereka, bagi saya ia bukan satu masalah. saya cuma perlu bermain dengan baik dan melakukan yang terbaik. Saya cuma fokus untuk bermain bola sepak yang terbaik." - AFP

Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |