Tuesday, October 21, 2008

'Gandingan kami semakin baik'


GANDINGAN Berbatov (Kiri) dan Rooney bakal jadi
ancaman kepada kelab lain.

MANCHESTER - Penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov memberi amaran kepada Celtic bahawa gandingannya bersama Wayne Rooney bakal menjadi ancaman kepada kelab itu.

Amaran Berbatov itu disuarakan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam kempen Kumpulan E Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi ini.

Rooney yang kini berada pada prestasi terbaiknya sejak mencipta nama pada kempen Eropah (Euro) 2004 lalu akan menjadi taruhan terbaik United dalam misi juara bertahan itu untuk meraih tiga mata penting.

Dalam enam perlawanan terakhir bersama kelab dan pasukan kebangsaan, Rooney berjaya merekodkan lapan gol dan menjadi watak kepada kejayaan kedua-dua pasukan itu menerusi gandingannya bersama Berbatov di United dan Emile Heskey dalam pasukan kebangsaan.

Bagi Berbatov, Celtic bakal menjadi mangsa terbaru kepada kehebatan gandingannya bersama Rooney.

"Gandingan kami kini semakin baik," jelas penyerang antarabangsa Bulgaria itu selepas menyaksikan United membelasah West Brom 4-0 pada aksi Liga Perdana England Sabtu lalu.

"Kami boleh lihat keserasian itu di atas padang, kami berkerja keras sepanjang sesi latihan dan cuba memahami antara satu sama lain. Keputusan yang kami peroleh ketika ini cukup baik."

Sementara itu, Rooney berharap prestasinya ketika ini akan dapat diteruskan selepas dia melalui musim hambar sebelum ini.

"Saya tidak tahu kenapa saya boleh menjaringkan gol secara konsisten. Saya hanya memberikan permainan terbaik dan berharap prestasi ini akan kekal dan membantu kemenangan pasukan," jelas Rooney.

Begitupun, pada aksi awal pagi ini, United akan turun tanpa khidmat Patrice Evra selepas pertahanan Perancis itu mengalami hamstring ketika aksi menentang West Brom lalu.

Pemain tengah Brazil, Anderson dan penyerang Argentina, Carlos Tevez bagaimanapun akan kembali dalam skuad selepas direhatkan berikutan penyertaan mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Ketika ini, United masih mengungguli Kumpulan E dengan empat mata daripada dua perlawanan. - AFP



manchesterunited 10/21/2008 08:54:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox