Saturday, October 4, 2008

Ferguson pilih Berbatov, Tevez




BLACKBURN, England - Alex Ferguson sudah bersedia untuk memberi peluang kepada Carlos Tevez dan Dimitar Berbatov (gambar) bergandingan sekali lagi apabila Manchester United berkunjung ke Blackburn Rovers hari ini.

Berbatov telah beraksi dalam semua perlawanan Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara sejak meninggalkan Tottenham Hotspurs pada hari terakhir musim perpindahan baru-baru ini.

Dengan ketiadaan Wayne Rooney pada pertemuan di Ewood Park itu disebabkan oleh masalah pergelangan kaki, Ferguson mungkin akan menggandingkan penyerang Bulgaria itu bersama Tevez.

United telah mengesahkan bahawa Rooney akan pulih untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Kazakhstan dan Belarus minggu depan tetapi Ferguson tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan penyerang England itu di Blackburn.

Sebelum menjaringkan dua gol ketika menang 3-0 ke atas Aalborg dalam saingan Liga Juara-Juara Selasa lalu, Berbatov dilihat sukar untuk menyesuaikan diri di Old Trafford.

Perlawanan pertamanya adalah ketika mereka tewas 1-2 kepada Liverpool diikuti dengan seri 1-1 di Chelsea ketika digandingkan bersama Rooney.

Tetapi tumpuan sudah tentu terarah kepada aksi kali ini apabila Berbatov sekali lagi bergandingan bersama Tevez yang hanya menjaringkan satu gol daripada lapan perlawanan musim ini ketika menentang skuad kendalian Paul Ince, Blackburn.

Selepas berjaya menjaringkan gol, Berbatov berazam untuk terus meletakkan namanya sebagai penjaring utama pada aksi di Blackburn dan menegaskan dia tidak berasa bimbang meskipun diletakkan harapan yang tinggi.

"Tugas saya adalah untuk menjaringkan gol atau mencipta peluang kepada rakan sepasukan tetapi perkara yang paling penting adalah membantu pasukan menang.

"Tekanan seringkali ada dan harap-harap saya dapat melakukannya dengan bantuan rakan-rakan sepasukan yang lain."

Selain terpaksa beraksi tanpa Rooney, Ferguson juga akan menghadapi tentangan Blackburn tanpa Paul Scholes. - AFP



manchesterunited 10/04/2008 09:59:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox