Wednesday, October 22, 2008
Fergie lega bintang baru tunai janji gegar Celtic

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson menghambur kata-kata pujian ke atas dua gol sumbangan Dimitar Berbatov ketika menentang Celtic sebagai bukti terbaru betapa penggempur Bulgaria itu menjelmakan dimensi baru buat skuadnya hasil kebijaksanaan aksi serta sentuhan bisanya.

Dua gol daripada jarak dekat oleh Berbatov membantu United menang mudah 3-0 ke atas juara Scotland itu dan menjadikan jumlahnya kepada lima gol untuk United dalam enam perlawanan sejak perpindahan bernilai 30 juta pound dari Tottenham Hotspur.

Tetapi sumbangan keseluruhan penyerang itu kepada kelancaran gerak aksi menyerang United yang membuatkan Ferguson tidak lokek menghamburkan pujian untuknya.

"Dia menunjukkan beberapa aksi hebat bola sepak dan pemain-pemain lain mula faham dia pemain jenis apa.

"Kini mereka tahu bahawa apabila dia menerima bola dengan membelakangkan gol sebelum berpusing, dia akan menghasilkan umpanan yang berkesan. Bentuk beberapa umpanannya memang menakjubkan dan dia juga kini sudah ada lima gol - sumbangan yang juga menakjubkan."

Biarpun ada bayangan ofsaid kepada kedua-dua gol Berbatov itu, pengurus Celtic, Gordon Strachan mengakui skuadnya langsung ditenggelamkan barisan United dan Wayne Rooney melengkapkan satu lagi aksi hebat dengan gol kesembilannya dalam tujuh perlawanan untuk kelab dan skuad negaranya.

"Saya katakan kepada pemain selepas tamat perlawanan bahawa kami tidak boleh dipersalahkan kerana punya kesungguhan dan keberanian untuk bersaing.

"Kelemahan ketara yang jadi punca kekalahan kami ialah tidak mampu menyaingi kekemasan umpanan bola mereka. Sejak beberapa tahun lalu, kami sudah menentang beberapa barisan hebat tetapi saya rasa ini adalah yang terbaik untuk kami," katanya.

Kedua-dua pengurus mengakui Celtic merindui kelibat penggempur utama, Jan Vennegoor dan Georgios Samaras, meninggalkan hanya Scott McDonald berseorangan di barisan depan.

"Mereka biasanya mampu bermain dengan umpanan tinggi untuk penyerang tinggi dan mereka jelas berasa ketiadaannya. Tetapi kepantasan dan kemampuan kami sentiasa mengubah rentak juga jadi punca kami sentiasa mampu melepasi benteng mereka," kata Ferguson. - AFP


manchesterunited 10/22/2008 09:20:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox