
![]() |
| FELLAINI (kiri) memusnahkan impian United apabila menanduk masuk gol penyamaan pada separuh masa kedua. |
Mereka melepaskan peluang untuk meriah tiga mata penuh gara-gara aksi hambar pada separuh masa kedua.
Kehilangan tiga mata itu turut menjejaskan misi mereka untuk mendekatkan diri dengan pendahulu liga ketika ini, Chelsea.
Semalam United seri 1-1 dengan Everton dan keputusan tersebut sangat mengecewakan pengurus, Alex Ferguson.
Pemain tengah, Darren Fletcher telah meletakkan juara bertahan Liga Perdana England itu di hadapan pada minit ke-22 tetapi kedudukan itu gagal dipertahankan apabila lawan mereka menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi tandukan Marouane Fellaini.
Sebelum tamat aksi separuh masa pertama, United berpeluang menambah jaringan tetapi ia dipersiakan oleh barisan penyerangnya.
Dengan keputusan itu United masih ketinggalan lima mata di belakang Chelsea yang akan berdepan Liverpool hari ini.
Apa yang pasti Ferguson memang tidak berpuas hati dengan keputusan malah naik berang dengan rentak permainan yang dipamerkan oleh anak buahnya pada separuh masa kedua.
Dia juga marah dengan sikap pengadil, Alan Wiley yang gagal mengawal permainan itu dengan baik.
"Kami tidak beraksi dengan baik selepas mendapat gol pendahuluan itu dan pemain dilihat lebih banyak bertahan," kata Ferguson.
Menurutnya, pemain agak kehilangan rentak pada separuh masa kedua dan terlalu mudah terlepas kawalan bola.
"Keadaan ini menyukarkan kami dan ia dipergunakan sepenuhnya oleh Everton untuk mendapatkan gol penyamaan," katanya.
Bekas penyerang Everton, Wayne Rooney yang memburu gol ke-100 pada perlawanan itu telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil dan selepas itu dia dikeluarkan oleh Ferguson.
"Pengadil memberi kad kuning kepadanya tanpa sebab. Saya fikir pengadil tidak membela pemain kami," kata Ferguson.
Di awal saingan United dilihat garang dengan beberapa ancaman yang dilancarkan oleh Ryan Giggs dan Cristiano Ronaldo ke gawang Everton tetapi usaha mereka tidak menepati sasaran.
Kehebatan penjaga gol United, Howard juga menjadi punca kegagalan United yang banyak menyelamatkan percubaan daripada Ronaldo, Nemanja Vidic dan Giggs.
Everton akhirnya menghukum aksi hambar United pada minit ke-63 menerusi tandukan Fellaini yang mudah menyambar hantaran bekas pemain United, Phil Neville.
Pada perlawanan lain semalam Sunderland menewaskan Newcastle United 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium of Light. - Reuters
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |