

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberi pujian kepada bintang barunya, Dimitar Berbatov selepas pemain itu menjaringkan dua gol ketika juara bertahan itu menang 3-0 ke atas Celtic dalam aksi Liga Juara-Juara kelmarin. "Dia cukup fantastik. Ia adalah satu prestasi yang cukup menakjubkan. Berbatov sentiasa tenang ketika beraksi di atas padang dan hantaran juga sangat baik.
"Dia telah menunjukkan kehebatan dan saya fikir pemain memahami jenis pemain seperti ini," kata Ferguson.
Pemain antarabangsa Bulgaria itu menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-30 dan 51 sekali gus membantu United berada di tangga teratas Kumpulan E dan berkongsi tujuh mata bersama Villarreal.
Kemenangan itu turut mencerahkan peluang United melangkah ke pusingan kalah mati selepas mengharungi tiga perlawanan.
"Sekarang ini, dia telah menjaringkan lima gol untuk kami dan saya fikir dia memberikan sumbangan yang hebat," tambah Ferguson.
Celtic yang tewas 18 dari 19 perlawanan di gelanggang lawan dalam aksi Liga Juara-Juara tidak mempunyai jawapan di atas kehebatan United yang banyak dibantu oleh Berbatov.
Satu lagi gol United pada aksi di Old Trafford kelmarin hadir menerusi Wayne Rooney.
"Saya tidak berada di sini hanya untuk duduk dan menjerit mengarahkan mereka," jelas pengurus Celtic, Gordon Strachan.
Strachan juga menggambarkan United sebagai pasukan terbaik di Eropah dan berkata, mereka adalah pasukan pilihan untuk mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara.
"Perlawanan ini antara aksi yang menarik. Ia memerlukan pasukan lain untuk menewaskan mereka, itu sudah pasti.
"Wayne Rooney tidak boleh dipandang mudah. Apabila kamu melihat pemain seperti itu kamu akan berkata dia adalah pemain berkelas dunia. Dia turut dibantu enam pemain berkelas dunia dan tujuh pemain antarabangsa," katanya.
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |