Wednesday, October 24, 2007
Amukan Arsenal, United

RIO Ferdinand (kanan) menanduk bola ke gawang Dynamo Kiev dalam saingan bola sepak Liga Juara-Juara di Ukraine, semalam. Manchester United menang 4-2. – AP.

PARIS - Manchester United dan Arsenal kian hampir ke pusingan kalah mati bola sepak Liga Juara-Juara Eropah selepas mengekalkan rekod sempurna di peringkat kumpulan, semalam.

United mencatat kemenangan memberangsangkan dengan mengalahkan Dynamo Kiev 4-2 di Ukraine dalam perlawanan Kumpulan F.

Skuad muda Arsenal pula melakar kemenangan besar di gelanggang sendiri dengan membelasah kelab Czech, Slavia Prague 7-0.

United bermula baik apabila membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi tandukan kencang Rio Ferdinand, gol kedua berturut-turut buat tonggak pertahanan itu dalam dua saingan Eropah.

Penyerang England, Wayne Rooney pula memastikan mereka berada di landasan yang betul apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-18, gol ketujuhnya daripada enam perlawanan terakhir.

Selepas mendahului 2-0, United mengawal permainan sepenuhnya, namun tuan rumah berjaya juga mencari peluang untuk merapatkan kedudukan apabila Diogo Rincon menanduk masuk tendangan sudut yang diambil Carlos Correa untuk kedudukan 2-1 pada minit ke-34.

Meskipun tersentak dengan jaringan tersebut, United tidak panik, sebaliknya berjaya melebarkan kedudukan 3-1 sebelum menutup babak pertama, menerusi Cristiano Ronaldo pada minit ke-41.

Separuh masa kedua lebih seimbang dengan pasukan tuan rumah cuba mengawal permainan. Malangnya, United sekali lagi menerusi Ronaldo yang menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan Kiev dalam kotak penalti.

Ismael Bangoura berjaya merapatkan kedudukan 4-2 ketika permainan berbaki 11 minit, begitu pun ia tidak banyak mengubah keadaan, biar pun Kiev mengatur serangan bertali arus sekitar 10 minit terakhir.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F, wakil Itali, Roma mengalahkan kelab Portugal, Sporting 2-1 dengan membuka jaringan menerusi Juan pada minit ke-15.

Sporting hanya memerlukan tiga minit kemudian untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan Liedson, namun Mirko Vucinic memastikan kemenangan Roma menerusi jaringan minit ke-69.

Ini bermakna, United kini hanya memerlukan empat mata daripada tiga perlawanan terakhir mereka untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Di London, Arsenal mengharungi 60 perlawanan yang menarik dengan berpesta gol dan semuanya bermula daripada jaringan pemain muda Belanda, Cesc Fabregas seawal minit kelima.

Pemain tengah Belarus, Alexander Hleb menyumbat gol kedua Arsenal pada minit ke-24, sebelum pemain remaja, Theo Walcott memberi kedudukan yang selesa 3-0, ketika separuh masa pertama tinggal empat minit.

Slavia Prague boleh melupakan hasrat untuk bangkit pada babak kedua apabila tuan rumah terus mengatur serangan agresif sebaik permainan disambung.

Hleb, Fabregas dan Walctott masing-masing menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-51, 55 dan 58 untuk melebarkan kedudukan kepada 6-0, sebelum penyerang Denmark, Nicklas Brendtner melengkapkan pesta gol Arsenal ketika saingan tinggal seminit untuk ditamatkan dengan menyumbat gol ketujuh.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan H, kelab Sepanyol, Sevilla menundukkan wakil Romania, Steaua Bucharest 2-1 untuk melonjak ke tangga kedua, tiga mata di belakang Arsenal.

Kedua-dua gol Sevilla dijaringkan oleh Frederic Kanoute dan Luis Fabiano manakala gol tunggal Steaua disempurnakan Ovidiu Petre.

Kumpulan G pula menyaksikan pendahulu liga Itali, Inter Milan merampas kedudukan pendahulu selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan wakil Rusia, CSKA Moscow 2-1.

Dalam Kumpulan E, bekas juara Eropah, Barcelona sekadar seri tanpa jaringan dengan kelab Scotland, Rangers, meninggalkan kedua-dua pasukan menamatkan tiga perlawanan dengan tujuh mata.


manchesterunited 10/24/2007 02:08:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox