Sunday, September 21, 2008
Tugas Giggs masih belum berakhir


LONDON - Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs mengakui, dia cukup berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini.

Namun Giggs menegaskan masih ada tugas yang lebih penting perlu dilakukannya selepas United bermula hambar dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Khamis lalu, United yang turun dengan reputasi selaku juara bertahan sekadar seri 1-1 dengan kelab Sepanyol, Villarreal di Old Tarfford.

"Pada mulanya saya tidak pernah menjangkakan berapa lama saya akan bermain bersama pasukan ini dan kemudiannya bagaimana saya mencapai kejayaan sepanjang tempoh itu.

"Saya bernasib baik kerana dapat bermain dalam satu era di mana paling berjaya dalam sejarah Manchester United, jadi saya sangat bertuah.

"Saya berpindah ke Salford sejak berusia tujuh tahun. Saya membesar di kawasan Salford, bermain untuk Salford Boys dan kemudiannya bermain untuk Manchester United adalah sesuatu yang sukar untuk dipercayai.

"Kamu tidak dapat untuk membayangkan. Kamu tidak terfikir ia akan berlaku," kata Giggs, 34, yang merangkul gelaran ke-10 Liga Perdana England dan kedua Piala Eropah musim lalu.

Ketua Eksekutif United, David Gill menghormati sumbangan Giggs kepada United yang telah hampir dua dekad bersama kelab itu sejak dia menjadi pemain profesional pada November 1990.

"Saya fikir ia adalah satu kepercayaan kepada seseorang yang mempunyai karier yang menakjubkan," kata Gill.

"Kami memiliki ramai pemain seperti Paul Scholes, Gary Neville yang telah bertahun-tahun bermain untuk kami dan ia adalah sesuatu yang menarik." - AFP


manchesterunited 9/21/2008 05:43:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox