Sunday, September 28, 2008

Liverpool, United kekal momentum


RONALDO (kiri) menjaringkan gol pertama Red Devils pada pertemuan dengan Bolton di Old Trafford semalam.



LONDON – Penyerang Sepanyol, Fernando Torres akhirnya menamatkan kemarau jaringannya dalam enam perlawanan penuh bergaya apabila meledakkan dua gol ketika Liverpool menang 2-0 ke atas Everton dalam saingan bola sepak Liga Perdana England.

Bintang Sepanyol itu memecah kebuntuan The Reds di Goodison Park pada minit ke-59 dan tiga minit selepas itu menggandakan jaringan Liverpool.

“Enam perlawanan tanpa sebarang gol adalah sesuatu yang sukar diterima bagi seorang penyerang,” kata Torres.

“Kini saya mahu meneruskan prestasi ini dalam kempen Liga Juara-Juara pula dengan menjaringkan gol dalam setiap perlawanan seperti musim lepas.

“Mungkin juga kali ini saya akan mengatasi rekod 33 jaringan yang dicipta musim lepas,” katanya lagi.

The Reds yang belum lagi tewas dalam kempen musim ini berpeluang melonjak ke tangga teratas liga sekiranya Arsenal gagal mencatat kemenangan ke atas Hull City.

Pengurus Liverpool, Rafa Benitez pastinya lega setelah melihat Torres kembali mendapatkan rentak dan menjangka pasukannya mampu menamatkan penantian selama 18 tahun mereka untuk menjulang kejuaraan liga musim ini.

“Gol tersebut amat penting bagi dirinya dan juga bagi kami. Kejayaan menjaringkan dua gol di gelanggang lawan adalah suntikan semangat yang besar,” kata Benitez.

Sementara itu dua pencabar utama, Manchester United dan Chelsea turut melakar kemenangan pada pertemuan semalam.

Red Devils menang 2-0 ke atas Bolton hasil jaringan Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney manakala The Blues juga menang 2-0 ke atas Stoke City menerusi jaringan Nicolas Anelka dan Jose Bosingwa.

Perlawanan lain menyaksikan Aston Villa mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sunderland sementara Middlesbrough tewas 0-1 ke atas West Brom. – AFP



manchesterunited 9/28/2008 01:00:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox