

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengakui anak buahnya bernasib baik apabila dihadiahkan satu sepakan penalti yang membolehkan Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama ketika menang 2-0 ke atas Bolton Wanderers kelmarin. Begitupun penggendali dari Scotland itu tidak berpuas hati dengan kemenangan itu dan mendakwa apa yang diperoleh adalah hasil daripada keputusan pengadil, Rob Styles
Styles menghadiahkan sepakan penalti kepada Ronaldo selepas pemain sayap Portugal itu dikasari oleh Jlloyd Samuel. Begitupun, tayangan ulangan menyaksikan Samuel tidak melakukan sebarang kekasaran.
"Saya terkejut. Saya belum lagi melihatnya sekali lagi tetapi saya terkejut kerana saya tidak nampak pemain mereka cuba untuk mendapatkan bola.
"Bagaimanapun, Rob telah menafikan empat atau lima peluang kami pada kempen tahun lalu dan mungkin dia mahu membayar balik kesilapan itu kepada kami hari ini. Apa pun, dia (Rob) masih lagi berhutang dengan kami."
"Secara jujur, saya sungguh terperanjat tetapi kami bernasib baik. Adalah sesuatu yang baik untuk kami memenangi perlawanan itu tetapi apabila pasukan-pasukan bertahan seperti mana yang mereka lakukan, dengan keazaman itu, mereka sukar untuk ditewaskan dan kamu perlukan nasib seperti ini untuk untuk menang."
Pengurus Bolton, Gary Megson cuba memasuki padang tetapi dihalang oleh pembantu Styles selepas wisel penamat dibunyikan.
"Malangnya kamu tidak boleh menerima kesilapan yang dilakukan oleh Rob Styles.
"Ia bukannya penalti. Ketika insiden itu berlaku, saya tidak fikir dia berada dekat di tempat kejadian dan dia sepatutnya menuduh Ronaldo berlakon. Ia adalah satu keputusan yang tidak masuk akal." - AFP
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |